Ad

Friday, 28 August 2020

Pasangan suami isteri Ecuador tertua dunia

DUNIA

MORA (kanan) dan Quintero berkahwin pada tahun 1941. – EPA

Pasangan suami isteri Ecuador tertua dunia

Oleh KOSMO!

28 Ogos 2020, 9:32 pm


QUITO, Ecuador – Sepasang suami isteri mencipta rekod Guinness World Records sebagai pasangan suami isteri paling tua di dunia dengan gabungan usia mencecah 214 tahun dan 358 hari, lapor akhbar Daily Mail.


Julio César Mora, 110, dan isteri, Waldramina Quintero, 104, berkenalan pada tahun 1934 dan mendirikan rumah tangga pada 1941. Mereka dikurniakan lima orang anak, 11 cucu, 21 cicit dan 9 piut.


Mora berkata, rahsia hubu­ngan mereka kekal hingga ke hari kini adalah jalinan kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain sejak pertemuan pertama lagi.


“Keakraban hubungan atas dasar kasih sayang, hormat menghormati, jujur dan mengambil berat akan nilai-nilai kekeluargaan adalah kunci kepada kehidupan bersama yang sejahtera.


“Walaupun percintaan kami mendapat tentangan keluarga, namun berkat kesabaran dan masa, kami berjaya mengharungi pahit getir hidup hingga menjadi contoh kepada generasi muda,” katanya.


Seperti pasangan lain, Mora dan Quintero ada berselisih faham tetapi mereka akan sentiasa memastikan perbalahan tersebut tidak diketahui oleh anak-anak.


“Rasa hormat, kasih sayang dan bertimbang rasa penting dalam hubungan kami.


“Perselisihan faham itu tetap ada, tapi kami tidak menunjukkannya di depan anak-anak ke­rana mereka berhak dihormati dan disayangi,” ujarnya. – AgensiSUMBER KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment