SUKAN»Bola
Sabtu, 1 Ogos 2020 | 1:44pm
Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Khalid Jamlus nafi `pilih' jawatan
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus menafikan dia 'memilih' jawatan apabila didakwa hanya mahu mengintai peluang menjadi ketua jurulatih untuk pasukan bola sepak.Sebaliknya, bekas pemain Perak itu menegaskan dia sanggup bermula daripada bawah sekiranya ada pihak dapat memberikan peluang untuk 'masuk' dan terbabit dalam bidang kejurulatihan sekali gus membolehkan dia menimba ilmu dalam arena kejurulatihan.
Jelasnya, untuk menjadi seorang jurulatih yang baik, dia perlu terus belajar dan untuk mencapai matlamat itu, dia tidak kisah seandainya diberikan apa sahaja 'nombor' untuknya dalam barisan kejurulatihan asalkan dapat membantu dia menambah pengetahuannya.
"Apabila kita nak belajar, kita kena duduk di dalam (pasukan) sebab kalau duduk di luar, kita tidak tahu apa yang berlaku di dalam. Sebab itulah saya cakap, kalau tiada nombor dua (pembantu jurulatih), ada nombor lapan pun saya sanggup sebab saya nak duduk di dalam dan belajar.
"Itu sebenarnya perancangan saya. Saya bukan kata nak terus jadi ketua jurulatih, itu salah. Kita tengok sekarang pun barisan kejurulatihan boleh sampai lapan ke sembilan orang. Secara jujurnya nombor enam atau tujuh pun boleh dengan syarat saya nak belajar.
"Saya ada bercakap dengan beberapa jurulatih dan meminta peluang kerana kalau saya tidak duduk di dalam, bagaimana saya nak teruskan perjalanan dan dapatkan pengalaman.
"Kalau nombor lapan pun tetapi saya di dalam, saya boleh belajar dan lihat bagaimana jurulatih uruskan pasukan dan pembantu jurulatih buat kerja. Sebelum ini pengalaman dua tahun bersama PDRM, tidak cukup dan saya kena belajar lagi," katanya.
Dalam masa sama, Khalid menjelaskan buat masa ini dengan akan fokus untuk mendapatkan lesen kelas A terlebih dahulu sebelum memikirkan hala tuju terbaik untuk dia meneruskan kariernya dalam bidang kejurulatihan.
"Apapun, saya kena ikut langkah demi langkah dan buat apa yang diperlukan. Selain lesen kelas A, ada juga aspek lain yang perlu dilakukan dan saya akan beri tumpuan kepada perkara ini," katanya.i
Berita Berkaitan
BOLA
SUKAN»Bola
Jumaat, 21 Ogos 2020 | 7:34am
Cari Kata Kunci
Aksi Wan Kuzri (kiri) ketika menentang Selangor II. - Foto ihsan fam.org.my
Aksi Wan Kuzri (kiri) ketika menentang Selangor II. - Foto ihsan fam.org.my
Wan Kuzri mahu jadi kapten
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share
Tweet
KUALA LUMPUR: Pemain tengah skuad bawah 19 tahun negara (B-19), Wan Kuzri Wan Kamal jelas berjiwa besar apabila menegaskan dia mahu menjadi pemimpin dan membantu membawa pasukan itu pergi lebih jauh di arena antarabangsa.
Pemain dari Akademi Bolasepak St Louis di Amerika Syarikat itu juga percaya pasukan itu memiliki potensi tersendiri dan mengakui mereka perlu terus bekerja keras bagi meningkatkan lagi kualiti permainan.
"Saya mahu menjadi ketua untuk pasukan ini dan membawa kita ke peringkat yang belum pernah kita capai sebelum ini. Sebab itulah saya berada di sini dan saya mahu menjadi bertambah baik bersama rakan sepasukan yang lain.
"Untuk menjadi seorang ketua, saya perlu menjadi seorang yang berkeyakinan dan dipercayai rakan sepasukan. Saya sentiasa yakin pada diri sendiri, jadi pasukan juga tentu akan percaya kepada saya," katanya.
Dalam masa sama, adik kepada Wan Kuzain itu menjelaskan pemain Malaysia sememangnya memiliki kualiti yang hampir sama dan tidak jauh bezanya dengan pemain dari pasukannya yang beraksi di negara 'Uncle Sam' itu.
Malah, peluang yang diberikan jurulatih, Brad Maloney untuk terus kekal bersama skuad B-19 juga akan dimanfaatkan sepenuhnya pemain berusia 19 tahun itu.
"Saya rasa tahap pemain di sini dan pasukan saya di sana (Amerika Syarikat) hampir serupa. Jadi untuk membandingkan antara dua pasukan ini, saya berpendapat ia sama.
"Buat masa ini, saya akan kekal berada di sini dan pasukan saya juga mahu saya di sini. Mereka berpendapat ini peluang untuk saya, jadi saya akan manfaatkan sebaiknya," katanya.
No comments:
Post a Comment