Luqman catat rekod tersendiri di Eropah
| | 27 Ogos 2020
Luqman
Hakim
PEMAIN bola sepak remaja sensasi Luqman Hakim
Shamsudin mencatatkan rekodnya tersendiri di Eropah selepas berjaya
menjaringkan satu gol pada penampilan pertamanya bersama KV Kortrijk
Bawah-21dalam perlawanan menentang pasukan KRC Gent.
Pemain
berusia 18 tahun dari Kota Bharu itu, dilihat merampas bola daripada
pemain pertahanan lawan, sebelum merembat bola melepasi penjaga gol
KRC Gent, dalam satu video disiarkan di laman sosial KV
Kortrijk.
Bagaimanapun KV Kortijk tewas 1-4 dalam
perlawanan pertama Luqman Hakim selepas menjalani kuarantin 14
hari.
“Hakim Luqman, jaringkan gol pertamanya di Eropah
untuk U21 kita (@kvkjeugd) dalam kekalahan 1-4 ketika menentang KRC
Gent. Tahniah, Hakim!,” dalam hantaran Facebook dan Twitter kelab
tersebut.
Luqman berlepas ke Belgium dua minggu lepas,
setelah menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan division
Satu Kv Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia, Tan Sri
Vincent Tan.- Bernama
SUMBER-Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/98582/BERITA/Sukan/Luqman-catat-rekod-tersendiri-di-Eropah
©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment