Ad

Wednesday, 26 August 2020

Skuad Helang Merah terima tunggakan gaji RM1.26 juta hujung minggu ini

 SUKAN TERKINI

SKUAD Helang Merah mendapat suntikan semangat menjelang aksi Liga Super apabila KFA melangsaikan tunggakan gaji pemian berjumlah RM1.26 juta hujung minggu ini.

Skuad Helang Merah terima tunggakan gaji RM1.26 juta hujung minggu ini

Oleh KOSMO!

26 Ogos 2020, 8:24 pm


Oleh JAMLIAH ABDULLAH


BERITA gembira buat skuad Helang Merah dan barisan jurulatihnya menjelang aksi pertama Liga Super apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melangsaikan tunggakan gaji berjumlah RM1.26 juta pada hujung minggu ini.


Khabar tersebut diumumkan Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor tadi sekali gus diharapkan menjadi pembakar semangat kepada pasukan itu dalam menghadapi sambungan semula Liga Malaysia (Liga M) itu.


“Hujung minggu ini KFA akan bayar RM1.26 juta tunggakan gaji dan EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Bulan berapa tidak kira tapi kita bayar.


“Insya Allah ada penaja, jangan tanya dari mana saya ikhtiarkan dan cari (dana). Jadi pemain main jangan kalah,” katanya.


Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penajaan Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan antara Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS), Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Yayasan Islam Negeri Kedah di Alor Setar semalam.


Skuad Helang Merah yang turut dihimpit masalah tunggakan lima bulan gaji, baru-baru ini menerima bayaran tunggakan sebulan gaji untuk Julai.


Pasukan Kedah dijadualkan bertemu dengan PDRM pada 29 Ogos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur setelah perlawanan Liga M ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. SUMBER– K! ONLINE

No comments:

Post a Comment