Ad

Sunday, 30 August 2020

Bisa Safawi

MyMetroArena

Safawi Rasid.

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.myKUALA LUMPUR: Tempatnya bukan lagi taraf Asia Tenggara, malah tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid kini sudah setanding pemain Asia terutama dari Jepun apabila dia beraksi bersama kelab liga utama Portugal, Portimonense SC musim depan.

Mengikut senarai pemain kelab itu, terdapat dua pemain dari Jepun turut beraksi bersama pasukan berkenaan dan sudah tentu kedatangan Safawi mengubah pandangan bahawa individu dari Asia Tenggara dan Malaysia juga mampu membuktikan keupayaan mereka di Eropah.

Dua pemain Jepun itu bekas tonggak Kashima Antlers, Koki Anzai yang beraksi di bahagian pertahanan dan sudah setahun bersama Portimonense SC.

Kelab itu juga turut menyunting seorang lagi pemain Jepun yang berperanan mengawal gawang pasukan terbabit iaitu bekas pemain Sagan Tosu, Shūichi Gonda dengan kedua-duanya dilihat kerap diturunkan membarisi kesebelasan utama.

Menurut jurulatih berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah, taraf pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu sudah berbeza dan keupayaannya kini setanding individu Asia.


Beliau yang pernah membimbing skuad T Team pada 2014 berkata, Safawi boleh dijadikan sebagai contoh atau pembakar semangat kepada pemain tempatan untuk turut beraksi cemerlang seterusnya merebut peluang beraksi di pentas Eropah.


"Kita boleh lihat di Portimonense SC, siapa yang akan bermain bersama Safawi nanti, sudah tentu antara pemainnya dari Jepun yang diketahui kuasa besar bola sepak di rantau Asia.


"Kini, Safawi sudah sama taraf dengan mereka apabila bermain dalam satu pasukan, malah jika dia komited dan mampu mengharungi cabaran mungkin namanya akan menjadi sebutan dalam kalangan peminat di Portugal.


"Sekarang ini, tiada yang mustahil jika pemain berkenaan boleh tahan segala cabaran dan dugaan boleh pergi jauh. Saya lihat Safawi ada ciri berkenaan," katanya ketika dihubungi Arena Metro.


Sebelum itu, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.


Safawi juga mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Tunku Ismail Sultan Ismail untuk melebarkan sayap beraksi bersama kelab itu.


Bintang Harimau Malaya itu juga bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara dengan gaji kira-kira RM70,000 jika dia mampu membuktikan keupayaan bersama kelab berkenaan.


Sementara itu, Azraai berkata, beliau sudah menyedari kemampuan Safawi ketika pemain beraksi bersama skuad Piala Presiden T Team dan kerap dipanggil membarisi skuad utama jika kekurangan pemain.


"Saya lihat kemampuan kaki kiri dia luar biasa dan jika kami menghadapi masalah kekurangan pemain, Safawi antara nama yang sering dipanggil untuk ke skuad senior walaupun usianya masih muda," katanya.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 6:01 AM

No comments:

Post a Comment