Ad

Monday, 24 August 2020

Safawi tercalon lagi

Safawi tercalon lagi

MyMetroArena

JARINGAN Safawi terus mendapat pengiktirafan. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

BINTANG penyerang prolifik Johor Darul Ta'zim (JDT) Safawi Rasid terus menyinar apabila sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam senarai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi jaringan yang dilakukannya pada aksi Liga Juara Juara Asia (ACL).


Jika sebelum ini, pemain yang berasal dari Dungun, Terengganu itu, dinobatkan sebagai penjaring gol lencongan terbaik dalam saingan ACL 2019, namun kali ini dia tercalon dalam senarai Gol Terbaik Sedekad ACL di mana jaringan itu dilakukan pada aksi peringkat kumpulan menentang Shandong Luneng, April tahun lalu.


Menurut AFC, jaringan yang dilakukan pemain kebangsaan itu sememangnya berkualiti dengan berada di kedudukan yang tepat untuk menyumbat gol.


"Gol yang sering diperkatakan dikalangan peminat bola sepak adalah jaringan daripada Safawi ketika menentang Shandong Luneng yang turut disenaraikan sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019.


"Salah seorang bintang muda Asia Tenggara yang sedang menyinar, penyerang itu menunjukkan kebolehannya melepasi Wu Xinghan untuk berada dalam kedudukan menjaringkan gol sebelum melepaskan rembatan padu ke arah gawang dan menghasilkan jaringan yang sememangnya berkualiti," katanya.


AFC menyenaraikan 20 jaringan menerusi dua separuh akhir di mana lima jaringan terbaik yang dipilih akan layak ke final pada September ini.


Bagi saingan separuh akhir pertama, Safawi akan berentap dengan sembilan lagi pemain iaitu Heverton (Seongnam Ilhwa Chunma); Wesley (Al Hilal); Andranik Teymourian (Esteghlal); Hiroyuki Abe (Gamba Osaka) dan Paulinho (Guangzhou Evergrande) Empat pemain lagi adalah Abdulmajeed Al Swat (Al Taawoun) ; Chanathip Songkrasin (Muangthong United); Ikromjom Alibaev (Lokomotiv) dan Shojae Khalilzadeh (Persepolis).


Penyokong boleh mengundi untuk memilih gol Safawi di pautan https://www.the-afc.com/competitions/afc-champions-league/latest/news/ac... dan undian akan berakhir pada 28 Ogos ini.


Setakat jam 2 petang tadi, Khalilzadeh mendahului undian dengan jurang yang besar apabila mendapat 61 peratus undian diikuti Teymourian (31 peratus) dan Safawi yang ketika ini menghimpun tujuh peratus membabitkan undian keseluruhan sebanyak 72,307 undian.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2020 @ 6:41 PM

No comments:

Post a Comment