Ad

Monday 31 August 2020

Asas perpaduan punca Malaysia merdeka

ONN Hafiz Ghazi (tiga dari kanan) mengibarkan Jalur Gemilang selepas merasmikan Program Youth Volunteer Platform XTIF Johor peringkat Daerah Kluang di Laman Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

31 Ogos 2020, 5:34 pmKLUANG: Orang-orang muda perlu sedar bahawa kemerdekaan yang dikecapi kini berpunca daripada asas perpaduan yang kukuh antara masyarakat majmuk di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, justeru itu golongan muda perlu memainkan peranan masing masing bagi memastikan perpaduan kekal utuh tanpa prejudis antara satu sama lain.“Tidak ramai yang menyedari bahawa kemerdekaan negara yang dikecapi sejak 63 tahun lalu adalah berpegang kepada semangat perpaduan sebagai asas kekuatannya.


“Tanpa semangat ini, tidak mungkin negara kita mampu berada dalam keadaan seperti ini apatah lagi dengan rakyat yang berbilang kaum dan agama.“Bersempena semangat perpaduan seperti ini, kita harus perkasakan lagi perpaduan khususnya dalam kalangan anak-anak muda yang satu masa nanti menjadi tonggak kepimpinan negara,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Youth Volunteer Platform XTIF Johor peringkat Daerah Kluang di Laman Simpang Renggam di sini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Abdul Taib Abu Bakar; Pegawai Daerah Kluang, Ismail Abu dan Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Mohamad Sukry Abd. Rahim.


Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, program Youth Volunteer ini dilaksanakan serentak di semua daerah Johor sebagai usaha pihaknya untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang disambut dengan norma baharu pada ini.


“Rakyat negara ini bertuah kerana masih boleh meneruskan aktiviti masing-masing walaupun negara dan dunia dilanda pandemik Covid-19.


“Namun orang ramai perlu mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti disarankan oleh kerajaan bagi mengekang wabak ini daripada berleluasa,” katanya. SUMBER– UTUSAN 

No comments:

Post a Comment