Ad

Saturday 29 August 2020

Kedah lupa soal gaji, Selangor buntu

MyMetroArena

Pemain Selangor, Mohd Syazwan Zainon (kiri) diasak pemain PJ City, Mahalli Jasuli pada aksi Liga Super. FOTO Muhammad Asyraf Sawal

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.myGAJI tak dapat bukan masalah untuk pemain Kedah mencatat keputusan positif apabila berjaya menundukkan PDRM 2-0 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Walaupun dipalit dengan pelbagai isu termasuk tidak menerima gaji hampir empat bulan, pemain Kedah tetap memberikan persembahan terbaik untuk membawa pulang tiga mata penting selepas lebih tiga bulan berehat akibat pandemik Covid-19.


Peledak utama Kedah, Kipre Tchetche menjadi duri dalam daging bagi skuad The Cops apabila meledak dua gol dalam separuh masa pertama masing-masing pada minit 29 menerusi sepakan penalti manakala selang enam minit kemudian dia sekali lagi menggegarkan gawang tuan rumah hasil umpanan, Kpah Sherman untuk kedudukan 2-0.


Babak kedua bersambung menyaksikan tiada sebarang gol dijaringkan walaupun skuad bimbingan Mohamad Ishak Kunju Mohamad cuba mengatur serangan dengan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.



Sementara itu, perlawanan membabitkan Selangor dan PJ City di Stadium UiTM Shah Alam pula menyaksikan tiada sebarang gol berjaya dicipta oleh kedua-dua pasukan.


Walaupun skuad bimbingan B Sathiananthan dilihat lebih banyak mengasak ke kubu lawan namun pujian harus diberikan barisan benteng PJ City apabila berjaya mengekang setiap percubaan ke gawang.


Malah, melihat bahagian serangan semakin tumpul, Sathia memasukkan Wan Zack Haikal Wan Nor dan Ifedayo Olusegun namun ternyata usaha terbabit tidak cukup untuk meledak sebarang gol.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 11:31 PM

No comments:

Post a Comment