Oleh Norzie Mohamed Khasbi
29 Ogos 2020, 11:11 am
KUANTAN: Hilang punca dalam tempoh 30 minit babak pertama faktor Tok Gajah dihukum 2-3 oleh Harimau Selatan dalam aksi Liga Super malam tadi.Pengendali Pahang, Dollah Salleh bingung, anak-anak buahnya langsung tidak menunjukkan permainan sebenar untuk membolehkan Johor Darul Ta’zim mendominasi saingan.
“Apabila kami cuba bangkit, sudah terlambat. Keputusan tidak menyebelahi Pahang dan saya akur kami tewas di tempat sendiri,” kata Dollah.
Dalam aksi di Stadium Darul Makmur itu,
tiga gol JDT disempurnakan oleh Leandro Velazquez pada minit kelima, diikuti Ramadhan Saifullah Usman (m14) dan Gonzola Gabriel (m34).
Dua gol Pahang pula dijaringkan Faisal Abdul Halim pada minit ke-39 dan Herold Goulon (m45).
Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, membawa pulang tiga mata dari Kuantan meningkatkan motivasi Harimau Selatan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super.
“Tiga mata yang diraih amat bermakna
walaupun Pahang cuba bangkit, kami berjaya mengawal perlawanan sehingga tamat.
“Selepas hampir enam bulan tidak beraksi, semua pemain profesional memerlukan masa untuk memberikan aksi terbaik.
“Selepas kemenangan hari ini saya harap pemain dapat bermain dengan lebih baik pada perlawanan akan datang,” kata Mora.SUMBER-SUKAN UM ONLINE
No comments:
Post a Comment