Ad

Monday, 31 August 2020

Pahang berdepan krisis kecederaan

 MyMetroArena

DOLLAH akui berdepan masalah kecederaan babitkan pemain utama. FOTO RASUL AZLI SAMAD

Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh mengakui fikirannya kini terganggu menjelang perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, masalah kecederaan masih lagi membelenggu skuad Tok Gajah ketika saingan Liga Super kembali bersambung sejak ditangguhkan pada Mac lalu.

"Saya kini berdepan dengan masalah kecederaan membabitkan beberapa pemain utama yang memberi kesan dalam menyenaraikan kesebelasan terbaik pada perlawanan Jumaat ini."Pada masa sama, Pahang pula berdepan JDT yang sudah pasti mahu mencatat kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super."Oleh itu, saya mengharapkan komitmen tinggi daripada pemain untuk mempamerkan prestasi terbaik biarpun mengakui kecederaan yang dialami beberapa pemain menjejaskan perancangan," katanya.

Antara pemain yang berdepan kecederaan termasuk kapten pasukan, Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan Ivan Carlos yang bakal memberi kesan.

Difahamkan, beberapa pemain lain juga baru pulih daripada kecederaan dan tahap kecergasan belum mencapai 100 peratus.


Namun, Dollah percaya barisan pemain yang disenaraikan nanti mampu memikul tanggungjawab yang diberikan terutama memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.


"Setakat ini, jika dilihat kepada tahap kecederaan, mereka kemungkinan tidak dapat diturunkan tetapi bergantung kepada keadaan.


"Jika diikutkan memang saya mahu mereka bermain tetapi perlu memikirkan risiko apabila menurunkan mereka ," katanya.


Pada empat perlawanan, Pahang berada di kedudukan keempat dengan mengutip enam mata selepas merekodkan dua kemenangan dan dua kekalahan.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2020 @ 5:46 PM

No comments:

Post a Comment