MyMetroArena
Mohd Rafi Mamat
sukan@hmetro.com.my'TIDAK mengenang budi' ungkapan tepat sesuai ditujukan kepada tonggak Pahang, Mohamadou Sumareh yang menghilangkan diri seolah cuba meninggalkan Tok Gajah sedang kontrak masih berbaki.Ini ditegaskan bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang berpendapat perbuatan pemain naturalisasi itu mengundang padah serta memburukkan imejnya sebagai pemain profesional.
Katanya, walaupun hatinya kini dikatakan sudah tidak lagi bersama Tok Gajah namun dia tidak boleh bertindak meninggalkan pasukan tanpa khabar berita seterusnya gagal mengikuti sesi latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan lalu.
Menurutnya, sekiranya dia (Sumareh) tidak lagi berminat menabur bakti dengan Pahang, dia sepatutnya duduk semeja berbincang dengan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kedua-dua belah pihak bukan bertindak meninggalkan pasukan.
Sumareh (kiri) ketika beraksi dengan Pahang dalam saingan Liga Malaysia. FOTO File NSTP
Sumareh (kiri) ketika beraksi dengan Pahang dalam saingan Liga Malaysia. FOTO File NSTP
"Sumareh perlu ingat jasa dan pengorbanan yang diberikan PBNP sebelum ini terutama membabitkan permohonan menjadikan beliau sebagai pemain naturalisasi yang pertama di negara ini, PBNP tampil menguruskan semua urusan.
"Turut berjasa jurulatih Dollah Salleh yang membawa dia (Sumareh) ke Pahang seterusnya berjaya meletakkan dirinya muncul sebagai antara pemain import terbaik dalam Liga Malaysia (Liga M) hingga membuka mata banyak pasukan.
"Saya berpendapat tindakan Sumareh meninggalkan sesi latihan selama sebulan pastinya mengundang padah pada dirinya sendiri, dia berhadapan tindakan undang-undang sekiranya PBNP bertindak tegas," katanya.
Jamal Nasir menegaskan, dengan kontrak yang masih berbaki pemain berkenaan perlu akur dan dia tidak boleh meninggalkan pasukan tanpa sebarang persetujuan kedua-dua belah pihak.
PBNP ada kuasa sepenuhnya untuk mengheret Sumareh ke muka pengadilan kerana tidak mengikuti latihan tanpa sebab.
Katanya, perkara berkenaan perlu difikirkan secara bijak oleh pemain berkenaan sekiranya tidak ingin menerima hukuman penggantungan daripada beraksi dalam tempoh tertentu.
Tambahnya lagi, walau apa juga alasan yang dikemukakan oleh Sumareh, dia tetap bersalah dan akan menerima hukuman setimpal sekiranya PBNP bertindak tegas membawa kes berkenaan ke badan induk bola sepak kebangsaan dan antarabangsa.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2020 @ 6:57 PM
No comments:
Post a Comment