Pahang akan berdepan juara Liga Super enam kali
berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur,
Kuantan pada malam esok.
PAHANG yang akan turun tanpa
tonggak utama berdepan juara Liga Super enam kali berturut-turut
Johor Darul Ta’zim (JDT), membuatkan ketua jurulatihnya Dollah
Salleh, resah.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata,
pihaknya berdepan cabaran sengit untuk menghadapi perlawanan pertama
apabila bertemu skuad Harimau Selatan di Stadium Darul Makmur,
Kuantan pada malam esok, selepas lima bulan tanpa aksi susulan
pandemik koronavirus (Covid-19).
“Hampir semua
pemain import saya baru pulih daripada kecederaan seperti Herold
Goulon, Dickson Nwakaeme, dan Ivan Carlos. Skuad yang saya ada
sekarang belum bersedia sepenuhnya kerana jika dilihat pada beberapa
perlawanan persahabatan, saya cukup resah perhatikan tahap kecergasan
pemain-pemain utama, terutamanya apabila perlu bertemu JDT.
“Malah
dalam beberapa perlawanan persahabatan lalu, saya banyak menguji
pemain daripada skuad Piala Presiden, kerana mahu menguji semua
pemain yang kami ada dan semuanya baru di peringkat membina
persefahaman,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak
Malaysia (MFL) hari ini.
Pengendali berusia 56 tahun itu
bagaimanapun menegaskan, skuad Tok Gajah akan tetap bersemangat dan
memastikan persediaan berada di tahap terbaik menjelang aksi
itu.
Pada Sabtu ini, juga bakal menyaksikan pertembungan
antara Selangor yang menerima kunjungan Petaling Jaya City di Stadium
UiTM Shah Alam, serta pasukan di tangga ketiga liga, Terengganu FC
akan bertemu Sabah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala
Terengganu.
Dua lagi perlawanan yang tidak kurang
menariknya ialah Felda United bertemu UiTM FC di Stadium Tun Abdul
Razak, Jengka, malam esok, serta PDRM yang masih dalam misi melakar
kemenangan sulung liga, akan berdepan Kedah di Stadium Bola Sepak
Kuala Lumpur pada Sabtu.
JDT kini di takhta Liga Super
dengan 10 mata, diekori rapat juara Piala Malaysia 2018 Perak dengan
perbezaan dua mata sementara Terengganu FC di kedudukan ketiga dengan
tujuh mata manakala Pahang di tempat keempat setelah mengumpul enam
mata. - Bernama
SUMBERArtikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/98611/BERITA/Sukan/Dollah-resah-tanpa-tonggak-utama-berdepan-JDT
©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Thursday, 27 August 2020
Dollah resah tanpa tonggak utama berdepan JDT27 Ogos 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment