SUKAN»Bola
Ahad, 30 Ogos 2020 | 7:20pm
Pemain Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (kiri) diasak pemain Melaka pada perlawanan Liga Super didi Stadium Perak, kelmarin. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Pemain Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (kiri) diasak pemain Melaka pada perlawanan Liga Super didi Stadium Perak, kelmarin. - NSTP/Sharul Hafiz Zam
Melaka lega keluar zon bahaya
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
Sha
MELAKA: Melompat dari kedudukan ke-11 Liga Super ke tangga keenam amat melegakan skuad Melaka susulan kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak di Ipoh kelmarin.
Pengurus pasukan skuad Hang Tuah, Muhammad Akram Abdullah berkata, tiga mata di gelanggang lawan membuktikan kesungguhan pemain untuk memperbaiki kedudukan pasukan yang berada di zon bahaya penyingkiran ke Liga Perdana.
Menurut Akram, ia menjadi pemangkin untuk beraksi lebih baik menjelang perlawanan menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Jumaat ini.
Menurutnya, situasi cemas kedudukan di carta liga sebelum ini jelas menjadi pendorong buat pemain untuk meraih kemenangan ke atas The Bos Gaurus yang kini berada di tangga ketiga liga.
"Apapun, fokus kini terarah kepada aksi berdepan TFC dengan misi meraih mata maksimum walaupun skuad terbabit kini menghuni tangga kedua selepas lima perlawanan.
"Keseluruhannya, kami yakin pemain mampu untuk melakukan yang terbaik dan pada masa sama menambah tiga mata untuk terus memperbaiki kedudukan di carta liga," kata Akram.SUMBER-SUKAN BERITA HARIAN ONLINE
No comments:
Post a Comment