Ad

Sunday, 30 August 2020

Pancing kelab luar

Pancing kelab luar

MyMetroUtama

AKSI Safawi (dua dari kiri) dalam saingan sebelum ini. FOTO Hairul Anuar Rahim

Rodly Fadly

sukanteam@nstp.com.myKuala Lumpur: Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid memasang dua matlamat jika terpilih mewakili skuad bola sepak kebangsaan beraksi pada Sukan Asia di Indonesia, bulan depan.

Dia bukan saja bertekad membantu Harimau Malaya mencatat keputusan terbaik, malah mahu menjadikan temasya itu sebagai pentas untuk menjual bakatnya kepada kelab luar negara.

Safawi, 21, antara 24 pelatih yang disenaraikan Datuk Ong Kim Swee dalam skuad Bawah 23 Tahun sebagai persiapan ke sukan berprestij Asia itu menganggap ia adalah gelanggang terbaik untuk mencari peluang beraksi dengan kelab luar seperti diimpikan olehnya.

“Saya tidak akan mensia-siakan kesempatan ini jika terpilih beraksi ke Sukan Asia kelak kerana inilah kejohanan terbaik untuk saya membuktikan kemampuan kepada kelab luar terutama kelab dari Asia.


“Saya yakin sudah pasti temasya sukan ini akan turut menjadi tumpuan pencari bakat daripada kelab seluruh Asia, malah mungkin juga Eropah. Jadi, ia pentas terbaik untuk pemain seperti saya yang berhajat mengembangkan bakat ke luar negara cuba mencuri tumpuan.


“Saya harap akan mampu memikat salah sebuah kelab luar tidak kira dari negara mana sekalipun. Memang menjadi impian saya untuk mencari pengalaman bermain di luar negara, kalau boleh saya berhajat beraksi di Liga Jepun atau Korea,” ujar Safawi.


Pada masa sama, Safawi yakin skuad negara mampu memberi cabaran lebih hebat pada Sukan Asia kali ini berbanding sebelumnya walaupun Malaysia diundi bersama juara bertahan, Korea Selatan, Kyrgyztan dan Bahrain dalam Kumpulan E pada undian asal, 5 Julai lalu.


Ia bersandarkan prestasi skuad bimbingan Kim Swee itu pada Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun, di China, Januari lalu yang membuat kejutan dengan melangkah ke suku akhir.


“Saya yakin kita mampu memberi cabaran dan bukan sekadar melengkapkan pasukan yang bertanding,” katanya.


SUMBER=Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 5:50 AM

No comments:

Post a Comment