MyMetroArena
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com
PENYERANG Pahang, Mohd Faisal Abdul Halim tidak mahu kekalahan 2-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) kelmarin, menjejaskan fokus skuad berkenaan.Justeru, pemain berumur 22 tahun itu dan rakan sepasukan berazam untuk melakar keputusan lebih baik pada baki enam perlawanan.
"Oleh itu, kami perlu kerja keras dan lebih kuat untuk baki enam perlawanan dalam usaha meletakkan Tok Gajah pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.
"Menang atau kalah bukan persoalan utama tetapi komitmen dan prestasi yang akan dipersembahkan untuk kembali pada tahap terbaik," katanya.
Mengulas kekalahan 2-3 kepada JDT, Mohd Faisal atau 'Mickey' mengakui skuad itu melakukan kesilapan awal apabila membenarkan lawan menjaringkan tiga gol awal.
Katanya, kelebihan yang dimiliki Harimau Selatan ternyata menyukarkan Pahang untuk merapatkan jurang walaupun berjaya menjaringkan dua gol.
"Tapi ia sudah terlewat atau sekurang-kurang mampu mengikat JDT. Pada 30 minit pertama kami terlalu memberi ruang kepada lawan hingga melepaskan tiga gol," katanya.
Pada perlawanan itu, dua gol Pahang, masing-masing satu dijaringkan Mohd Faisal pada minit ke-39 dan Herold Goulon (m-45).
Tiga gol JDT pula, masing-masing dijaringkan oleh Leandro Velazquez pada minit keempat diikuti Muhammad Ramadhan Saifullah Usman (m-14) dan Gonzola Gabriel (m-34).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2020 @ 12:55 PM
No comments:
Post a Comment