Ad

Thursday 27 August 2020

KFA sudah mohon pengecualian buat Baddrol

SUKAN»Bola

Khamis, 27 Ogos 2020 | 10:46pm

 Baddrol Bakhtiar (kiri) dalam satu aksi menentang JDT sebelum ini. - foto BERNAMA

Baddrol Bakhtiar (kiri) dalam satu aksi menentang JDT sebelum ini. - foto BERNAM

KFA sudah mohon pengecualian buat Baddrol

Oleh Izzali Ismail

sukanteam@nstp.com.my


ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sudah mengeluarkan surat pengesahan memohon pengecualian ke atas Baddrol Bakhtiar selepas pemain itu terbabit dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Sungai Petani mulai esok.


Mengesahkannya, Baddrol berkata pengecualian pelepasan keluar daerah itu dikeluarkan berikutan skuad Lang Merah akan ke Kuala Lumpur untuk aksi Liga Super menentang PDRM di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.



"Majikan saya (KFA) sudah menguruskan surat pengesahan bertugas bagi tujuan keluar kawasan untuk saya menyertai pasukan Kedah yang akan bertolak ke Kuala Lumpur bagi memulakan perlawanan Liga Super menentang PDRM Sabtu ini.


"Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur tengah hari esok, dan pelaksanaan PKPD ini juga bermula esok. Dengan surat pengesahan berkenaan akan memudahkan urusan kami untuk keluar kawasan untuk menjalankan tugas," katanya.


Sementara itu, Pengurus Kedah, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan berkata, surat pengesahan tugas untuk pelepasan keluar kawasan berkenaan sudah diserahkan kepada Baddrol sebagai langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetap oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuat kuasa 12 tengah malam ini.


"Surat pengesahan bertugas ini adalah merujuk kepada permohonan khas untuk bertugas luar kawasan yang dikeluarkan oleh KFA bagi pemain yang terbabit dan menetap di kawasan yang terbabit dengan arahan pelaksanaan PKPD yang bermula tengah malam ini.


"Dengan adanya surat pengesahan daripada majikan (KFA) berkenaan, beliau boleh mendapat pengecualian sekiranya berdepan dengan sekatan jalan raya yang diadakan pihak berkuasa untuk keluar dari kawasan PKPD demi menjalankan tugas". katanya.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan PKPD Secara Pentadbiran yang akan dilaksanakan di Amanjaya, Sungai Petani membabitkan Zon Kenanga, Mawar dan Melur.SUMBER-SUKAN BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment