Ad

Sunday, 23 August 2020

Teori Faiz

 Teori Faiz

MyMetroArena

SAFAWI. FOTO Arkib NSTP

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

MENJARINGKAN gol lencong ketika diasak lawan lebih sukar daripada menyempurnakan sepakan percuma menerusi teknik sama.

Begitu kata pemenang Anugerah Puskas Fifa 2017, Faiz Subri mengenai jaringan penyerang prolifik Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Shandong Luneng, April tahun lalu, yang dicalonkan antara Gol Terbaik Sedekad ACL oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Faiz berkata, selain latihan konsisten, sepakan lencongan itu perlu berada pada waktu dan keadaan tepat sekali gus boleh menerjah gol dengan sempurna.

Menurutnya, Safawi antara pemain yang dilihat mempunyai keupayaan dalam mengawal seterusnya menjaringkan gol lencong bukan daripada sepakan percuma.

FAIZ. FOTO Arkib NSTP

FAIZ. FOTO Arkib NSTP

"Saya ada lihat jaringan Safawi itu dan apa yang boleh dikatakan dia mempunyai kelebihan untuk mengungguli penjaring gol terbaik sedekad ACL.


"Sudah tentu latihan secara konsisten mampu menghasilkan gol lencong dan ia adalah perkara membanggakan untuk industri bola sepak negara," katanya ketika dihubungi Arena Metro.


Sebelum ini, pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu, dinobatkan sebagai penjaring gol lencongan terbaik dalam saingan ACL 2019.


Menurut AFC, jaringan yang dilakukan pemain kebangsaan itu sememangnya berkualiti dengan berada di kedudukan tepat untuk menyumbat gol.


"Gol yang sering diperkatakan dalam kalangan peminat bola sepak adalah jaringan daripada Safawi ketika menentang Shandong Luneng yang turut disenaraikan sebagai gol lencongan terbaik ACL 2019," katanya.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2020 @ 7:15 AM


No comments:

Post a Comment