oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Negeri Kelantan mengamalkan sistem
pembesar yangberbeza dengan negeri-negeri yang lain. Para pembesar di Kelantan
menggunakan gelaran seperti Tuan dan Wan.Perdana Menteri merupakan pembesar
yang utama dalam sistem politik di Kelantan. Pada tahun l80l semasa
pemerintahan Sultan Muhammad I (1800-35),baginda menubuhkan sebuah Badan Jemaah
Menteri untuk memudahkan dan melicinkan lagi jentera pentadbiran. Tujuh orang
pembesar dilantik untuk membantu baginda mentadbir negeri-.Antara pembesar
tersebut ialah Long Jenal (Raia Bendahara Banggol), Long Ismail (Raja Kampung Laut),
Long Yusuf (Raja Bukit Panor) Long Tan (Tengku Aria Pahlawan), Tengku Long Muda
(Tengku Kota), Anak Penghulu Adas (Dato' Kaya Hulubalang Kaduk) dan Anak Mandor Mes (Dato'Panglima Perang
Londang).
Semasa pemerintahan SultanMuhammad
II (1837-89) pula,Badan Jemaah Menteri telah diperkenalkan untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran
negeri. Badan Jemaah Menteri yang setiap satu dianggotai oleh empat orang pembesar
ialah:
1.Menteri Pentadbiran dan
Mengimarahkan Negeri (kemajuan dan pembangunan negeri)
2.Menteri Perbendaharaan (harta
benda dan hasil mahsul kerajaan)
3.Menteri Luar-hal-hal berkaitan dasar dan urusan luar negeri)
4.Menteri Dalam Negeri (menjaga
keamanan negeri)
5.Menteri Peperangan- hal
berkaitan berkaitan ketenteraan, peperangan, pertahanan
dan keamanan negeri)
6.Menteri Istana-(istiadat
kebesaran diraja dan adat istiadat.rasmi)
7.Penasihat Raja (urusan hal-hal besar yang bukan rahsia)
8.Menteri Keadilan dan
Kehakiman (urusan keadilan dan kehakiman). Ini menunjukkan pada abad ke 19,
negeri Kelantan sudah mempunyai sebuah
sistem pentadbiran yang lengkap.[17]
No comments:
Post a Comment