Ad

Monday, 7 March 2016

Sistem ekonomi zaman kerajaan Abbasiyah abad ke-11-12M.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kegiatan ekonomi zaman kerajaan Abbasiyah (abad ke-11-12M)
      Ahli-ahli sejarah klasik dan moden bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid (170 – 194H/786 – 809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggi sehingga layak menerima jolokan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyah dalam soal ini adalah luar biasa kerana ia mampu menaikkan taraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkan setanding dengan keagungan Bayzantin.[1] Sebagaimana pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam sebelumnya, kerajaan Abbasiyah juga menumpukan kepada tiga bidang kegiatan ekonomi yang utama  iaitu pertanian, perdagangan dan perindusrian. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kerajaan Abbasiyah cenderung kepada kegiatan ekonomi . Antaranya mempunyai tanah yang subur dan tersedianya pelabuhan-pelabuhan semulajadi.
a.Perdagangan-Baghdad sebagai hub/kota perdagangan antarabangsa terpenting dunia. Jaringan perdagangan antarabangsa zaman kerajaan Abbasiyah amat luas. Pelabuhan Baghdad,Basrahdan lain-lain. Pelbagai barang dagangan.
b.Pertanian
Kegitan pertanian ini dijalankan kerana  terdapat banyak kawasan yang subur khasnya kawasan berhampiran sungai Furat dan Dajlah dan sungai Euphrates dan Tigris. Tanaman seperti gandum, kurma, kapas, anggur, tin,limau dan epal . Khurasan dan Bukhara adalah wilayah paling subur dan produktif. Cukai hasil pertanian  adalah sumber penting kerajaan.

      Pemerintah berperanan memajukan sektor pertanian. Contohnya menyediakan kemudahan sistem saliran seperti Ain Zubaidah dan menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta melebarkan sungai dan terusan.Bagi meningkatkan pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan. Dengan ini, lahir ramai tokoh cendikiawan ang mencetuskan idea-idea baharu. Antara kawasan pertanian zaman kerajaan Abbassiyah ialah Mesir, Syam, Iraq, yaman, Maghribi dan Khurasan.[2]

Daerah Khurasan merupakan daerah pertanian yang paling makmur sehingga menjadi pendapatan cukai kerajaan terbesar. Kota Bukhara, merupakan daerah perkebunan yang subur, disini antara Samarkan dan Bhukara, terbentang lembah Sogdiana, salah satu dari “empat sorga dunia”, yaitu Shi’b Bawwan (celah bavvan di Faris), kebun Ubalah Canal, yang membentang dari Bashrah ketenggara. Ditaman-taman ini tumbuh subur beberapa jenis buah, sayuran dan bunga, seperi kurma, apel apricot, persik, prem, lemon, limau, anggur, zaitun, almond, delima, terung, lobak, mentimun, mawar, selasih, tembikai di datangkan dari Kwarizm ke istana al-Ma’mun dan al-Wastiq dalam peti yang diisi air batu, harga sebiji tembikai di Baghdad mencapai 700 dirham. Sebenarnya, pohon dan sayuran yang kini tumbuh sudah dikenal pada masa itu, kecuali mangga, kentang, tomato, dan tanaman sejenis baru diperkenalkan dari dunia baru . Dan Negara koloni eropah di seberang benua.[3]    
c.Penernakan.

d.Perindustrian seperti industri tekstil , tenunan,gelas dan tembikar.[4] 
      Bidang perindustrian menjadi pemisah antara sektor kerajaan dan swasta. Beberapa bidang industri  yang terkenal pada masa itu ialah industri gelas dan tembikar dan industri tekstil dan tenunan.Jaingan perdagangan internasional pada zaman Abbasiyah sangat luas.Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Basrah, Siraf, Kaherah dan Iskandariah menjadi pelabuhan intenasional.

      Pedagang-pedagang Islam telah berniaga sampai ke negeri China. Mereka berdagang secara kafilah dan barangannya dibawa dengan kuda.. Disebelah Barat oang Arab telah berdagang  sampai ke Sepanyol. Mereka menjual kurma, gula,kapas,kain bulu, alat besi dan gelas.Mereka mengimpot rempah ratus, kapur barus dan sutera dari negara-negara Asia. Dari Afrika pula dimpot daging,gading,kayu arang dan hamba abdi.

      Baghdad merupakan  kota dagangan terbesar di Asia setanding Iskandariah sebagai pusat perdagangan di Afrika. Kesemarakan kota ini tidak saja disebabkan kedudukkannya sebagai ibu kota Daulah Abbasiyah, malah menjadi pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru. Damsyik pula menjadi kota dagang penting kerana diziarahi jemaah haji yang berangkat dan pulang dari Mekah.[5]
Sistem ekonomi zaman Kesultanan Melaka (abad ke-15).



[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 186.
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2016)  ,103.
[4]“Sisem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),47.
[5]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 187.

No comments:

Post a Comment