NEYMAR terlalu sukar disekat
ketika membantu Brazil membelasah Afrika Selatan 5-0 kelmarin.
PARIS - Tuan rumah Piala Dunia
2014, Brazil berpesta gol ketika membelasah Afrika Selatan 5-0 dalam aksi
persahabatan antarabangsa di sini kelmarin.
Pada perlawanan yang seimbang
itu, Neymar melakukan hatrik manakala dua lagi gol dijaringkan Oscar dan
Fernandinho.
Yang menariknya, kemenangan
besar itu berjaya dicatat Brazil pada aksi terakhir pemanas badan mereka dan 99
hari sebelum bermulanya pusingan akhir Piala Dunia, Jun nanti.
Skuad 23 pemain akan diumumkan
Brazil pada Mei ini berdasarkan prestasi pemain dalam perlawanan kelmarin dan
di peringkat kelab masing-masing.
"Apa yang membezakan kami
dengan Afrika Selatan hari ini (kelmarin) adalah kami memiliki pemain yang
istimewa di dalam padang.
"Lawan kami juga bermain
baik tetapi kami ada kelebihan untuk menjaringkan gol. Bagaimanapun ada satu
dua perkara yang masih perlu diperbaiki lagi dalam latihan seterusnya,"
kata jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari.
Brazil hanya memerlukan 10
minit sebaik permainan bermula untuk membuka jaringan menerusi Oscar sebelum
Neymar mengambil giliran meledakkan hatriknya.
Satu gol Neymar dijaringkan
pada babak pertama diikuti dua lagi gol di babak kedua.
Fernandinho yang beraksi
bersama Manchester City kemudian meraikan penampilan pertamanya bersama Brazil
dengan gol kelima. - AFP
SUMBER-KOSMO ONLINE 7.3.14
No comments:
Post a Comment