KUANTAN - Kecederaan yang
dialami beberapa tonggak utama skuad Tok Gajah ketika ini merupakan peluang
terbaik kepada Mohd. Fauzi Roslan untuk membuktikan ketajamannya dalam
membantu pasukan memburu gol.
Sehubungan itu, penyerang berasal
dari Pekan itu yang menunjukkan peningkatan kualiti permainan dalam beberapa
perlawanan sebelum ini berazam untuk terus menambat hati ketua jurulatih,
Ronald Smith.
Malah, bagi Mohd. Fauzi, andai
diturunkan dalam kesebelasan utama menentang ATM dalam saingan Liga Super di
Stadium Darul Makmur pada Sabtu ini, dia yakin dapat membalas kepercayaan yang
diberikan.
Walaupun Mohd. Azamuddin Mohd.
Akil dan Dickson Nwakaeme semakin pulih namun saya sentiasa perlu bersiap sedia
untuk menggantikan tempat mereka bagi berdepan anak buah B. Sathianathan.
Apa pun semuanya bergantung
kepada Ronald Smith untuk menurunkan sesiapa sahaja yang layak untuk membarisi
kesebelasan utama kerana kami bermain satu pasukan dan kemenangan amat penting
untuk terus mendaki carta Liga Super," katanya di sini semalam.
Menurutnya, dia akan
mempamerkan aksi terbaik sekiranya digandingkan dengan Matias Conti dalam
kesebelasan utama Tok Gajah untuk mendapatkan tiga mata penuh di laman sendiri.
Bagaimanapin, dia mengakui
persaingan untuk mendapat tempat memang sengit kerana Smith masih mempunyai
beberapa pilihan kerana ramai lagi pemain yang mampu mengisi kekosongan di
posisi serangan.
Semua pemain harus bersaing
untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dan saya perlu melakukan yang
terbaik dalam sesi latihan," ujarnya.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140306/su_06/Fauzi-Roslan-sedia-galas-tugas-buru-gol#ixzz2vAcvFUp5
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment