Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong
Wei enggan memaksa dirinya dan membayangkan kemungkinan tidak bertanding jika
kecederaan buku lali kirinya bertambah serius apabila beraksi dalam saingan
Seluruh England di Birmingham yang membuka tirainya, semalam.
Pemain badminton nombor satu
dunia itu menyatakan dia tidak mahu mengambil sebarang risiko memandangkan ada
empat kejohanan besar menantinya pada tahun ini.
Saingan itu adalah Piala Thomas
di New Delhi, India bermula 18 Mei ini, selain Sukan Komanwel di Glasgow,
Scotland (21 Julai hingga 4 Ogos), Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark (25
hingga 31 Ogos) dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan (28 September hingga 5
Oktober).
Memandangkan sudah tiba di sini
(Birmingham), saya tetap akan beraksi dan setakat ini proses pemulihan
kecederaan ini berjalan lancar" Lee Chong Wei Pemain No 1 dunia
Proses pulih
“Saya tidak boleh paksa, jika
berasa sakit saya akan menarik diri.
“Memandangkan sudah tiba di
sini (Birmingham), saya tetap akan beraksi dan setakat ini proses pemulihan
kecederaan ini berjalan lancar,” kata Chong Wei yang akan bertemu pemain
Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk di pusingan pertama, hari ini.
Sehari sebelum berlepas ke
Birmingham, pada Sabtu lalu, pemain berusia 32 tahun itu mengakui belum dapat
memastikan sama ada akan beraksi atau sebaliknya di Seluruh England selepas
kecederaan buku lali kiri yang dialami ketika saingan Piala Thomas di Wuhan,
China dua tahun lalu, kembali menghantuinya.
Namun, Pengarah Kejohanan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr Koay Ban Hing mengesahkan Chong Wei
tetap akan berlepas ke Birmingham kerana kecederaannya tidak di tahap
membimbangkan.
Sumber: Berita Harian online
5.3.14
No comments:
Post a Comment