Banyak kajian saintifik keatas
Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik(makanan
untuk bakteria baik dalam usus).Satu kajian yang diterbitkan oleh
Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin
sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm
sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria
Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis
lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic
adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk
Probiotik(bakteria baik) berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan
Probiotik.
Antara kajian yang dijalankan
menunjukkan kebaikan Gum Arabic :
1. Kesan penurunan tekanan
darah pada pesakit darah tinggi.
2. Mengurangkan penghasilan
radical oksigen bebas (free oxygen radical).
3. Meningkatkan paras butyrate
dalam serum darah.
4. Memperbaiki tindakbalas
sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
5. Membantu serapan mineral
seperti zink, sodium dan calcium.
6. Menghalang pertumbuhan sel
kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
7. Mengurangkan paras urea dan
menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
8. Kesan penyembuhan kepada
pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).
Kajian klinikal keatas pesakit
paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan
kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology
2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan
perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas
masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).
Satu kajian (Cardiff
University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi
25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan
darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis
menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang
positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).
SUMBER:http://cintaagungku.blogspot.com/2013/09/tahukah-kalian-khasiat-al-manna-gum.html
No comments:
Post a Comment