Ad

Saturday, 1 March 2014

KONGRES MELAYU SE-MALAYA DIADAKAN

Pada hari ini 1.3 dalam tahun 1946, atas usaha Persatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn Jaafar, satu persidangan Persatuan-persatuan Melayu telah diadakan pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Persidangan bersejarah tersebut yang dinamakaan sebagai Kongres Melayu Se-Malaya telah dihadiri oleh 107 orang perwakilan dan 56 orang pemerhati rasmi dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Beribu-ribu orang juga turut membanjiri padang Kelab tersebut bagi mengikuti perbincangan yang akan menetukan nasib orang Melayu tersebut. Kongres ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah dan dipengerusikan oleh Dato’ Onn Jaafar. Tujuan utama Kongres ini diadakan adalah untuk menyatupadukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union yang akan ditubuhkan pada 1 April 1946. Sesungguhnya, Kongres ini telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dan kemerdekaan di kalangan masyarakat kerana melalui Kongres ini, orang Melayu telah dapat disatukan melalui suatu pertubuhan yang dinamakan sebagai ‘Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’ atau ‘United Malays National Organisation’ (UMNO) dan seterusnya dapat menggagalkan penubuhan Malayan Malayan oleh British.

No comments:

Post a Comment