Ad

Saturday, 8 March 2014

Luas kawasan operasi mencari dan menyelamat

HASLINA KAMALUDIN
8 Mac 2014
Luas kawasan operasi mencari dan menyelamat
Luas kawasan operasi mencari dan menyelamat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melakukan lawatan keatas waris penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 370 Kuala Lumpur-Beijing yang dipercayai hilang dari radar Pusat Kawalan Trafik Udara Subang awal pagi tadi ketika di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini. - Foto Sinar Harian Oleh: ROSLI TALIB

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan telah menambah bilangan aset bantuan bagi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang daripada pusat kawalan data Subang, pagi tadi.

Beliau berkata, beberapa aset tambahan itu adalah sebagai memperluaskan kawasan pencarian dan berharap usaha ini akan dapat menemui pesawat berkenaan.

“Antara yang dihantar adalah satu pesawat CN235, empat C130, empat DC725 dan pesawat udara Brach Craft.

“Dua pesawat milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) jenis Bombadier dan dua jenis helikopter jenis Agusta turut digunakan bagi misi ini.

“Kita berharap usaha ini akan memberi impak lebih bermakna kepada operasi dan merasakan kerjasama dengan negara tertentu amat perlu dilakukan,” katanya dalam sidang media, di sini sebenar tadi.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelemat ini turut mendapat kerjasama baik daripada beberapa negara serantau seperti Vietnam, China dan Singapura.

“Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada perdana menteri China dan mengucapkan takziah di atas apa yang berlaku memandangkan rakyat negara itu paling rakai berada dalam pesawat iaitu seramai 153 orang dan satu dari Taiwan.

“Singapura juga sudah memaklumkan akan menghantar sebuah pesawat C130 dalam usaha ini. Saya berharap dengan semua kerjasama ini, akan memudahkan operasi ini. Operasi bermula di kawasan perairan Vietnam dan ia akan diketuai oleh Vietnam memandangkan itu merupakan kawasan terakhir sebelum radar hilang dari pusat kawalan,” katanya.

Dalam masa sama Najib turut berkesempatan bertemu dengan beberapa keluarga mangsa yang menunggu di bilik menunggu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kita masih menunggu dan berharap tidak ada yang percaya pada sebarang spekualasi yang tersebar di laman-laman sosial.

“Sementara kita masih dalam proses mencari dan menyelamat, adalah terlalu awal untuk kita membuat sebarang kesimpulan. Biarlah teori tinggal teori melainkan ada bukti kukuh,” katanya.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 8.3.14

No comments:

Post a Comment