Pada hari ini 5.3.1971,
Malaysia telah menarik diri dari menjadi anggota Kumpulan Badan Pengkaji 8
Negara Komanwel. Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Luar Negeri sebagai
bantahan terhadap pengumuman Britain hendak membekalkan helikopter jenis Wasp
kepada negara Afrika Selatan tanpa menunggu laporan dari kumpulan negara yang
membuat kajian. Kumpulan Badan Pengkaji tersebut dibentuk oleh negara-negara
Komanwel di Singapura pada bulan Januari 1971 untuk mengkaji masalah penjualan
senjata Britain kepada Afrika Selatan. Malaysia telah pun menjelaskan sikapnya
bahawa sebarang keputusan Britain untuk menjual senjatanya kepada Afrika
Selatan sebelum kumpulan itu selesai menjalankan tugasnya akan menjejaskan
kerja-kerja kumpulan itu. Malaysia merupakan negara ketiga dari 8 buah negara
anggota kumpulan yang menarik diri berikutan keputusan Britain. 2 buah negara
terdahulu ialah Nigeria dan India.Dengan penarikkan Malaysia dari menjadi
anggota kumpulan 8 Negara Komanwel pada hari ini dalam tahun 1971 hanya tinggal
lagi 5 buah negara yang mengekalkan keanggotaannya iaitu Australia, Britain,
Kenya, Canada dan Jamaica.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment