Oleh
Syed Riduan Ahmad dan Wan Fakhrul Bakar
Apabila tergendala, tentu sukar
dapatkan semula rentak: Kim Swee
Selayang: Pemangku jurulatih
kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengakui kekacauan dilakukan kumpulan Ultras
Malaya yang menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama lapan minit pada
minit ke-30 mengganggu rentak dan momentum permainan anak buahnya.
“Setakat minit ke-30 sebelum
permainan terhenti, kita bermain cukup baik dengan menggunakan bahagian tengah
dan serangan. Apabila tergendala, sudah tentu sukar untuk pemain mendapatkan
semula rentak dan hanya seketika pada babak kedua kita berjaya mempamerkan gerakan
baik seperti itu.
“Apa pun kita sepatutnya boleh
menang. Kita cipta banyak peluang dan pemain sudah cuba sebaik mungkin. Hanya
tiada sentuhan penyudah, itu yang perlu kita perbaiki.
“Gol Amirizdwan Taj Tajudin
yang dibatalkan (minit ke-11) saya tak tahu kenapa. Tapi jika tandukan Aidil
Zafuan Radzak dan Safiq Rahim tidak terkena palang selain percubaan Amri Yahyah
yang terkena tiang, sudah tentu kita mencapai kemenangan,” kata Kim Swee pada
sidang media selepas perlawanan.
Sumber: Berita Harian online
3.2.14
No comments:
Post a Comment