SEPANG 15 Mac - Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, siasatan terkini menunjukkan
terdapat kepastian tinggi bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS)
serta transponder dalam pesawat MH370 telah dipadamkan.
Najib berkata, ACARS telah
dipadamkan sebelum pesawat MH370 tiba di pantai timur Semenanjung manakala
transponder pula dipadamkan tidak lama kemudian iaitu berhampiran kawasan
sempadan kawalan udara antara Malaysia dan Vietnam.
ACARS merupakan sistem
komunikasi pesanan pendek yang digunakan untuk perhubungan antara pesawat
dengan pusat kawalan di darat manakala transponder memainkan peranan untuk
membolehkan pengawal trafik udara mengenal pasti kelajuan dan hala tuju
pesawat.
Perdana Menteri bagaimanapun
tidak mengesahkan rampasan kapal terbang telah berlaku tetapi menegaskan
siasatan sedang dilakukan.
"Walaupun ada laporan
bahawa ia dirampas, kita sedang menyiasat semua kemungkinan tentang pesawat
MH370 yang bertukar haluan.
"Pihak berkuasa Malaysia
memfokus semula siasatan terhadap kru dan penumpang dalam pesawat ini,"
katanya. - UTUSAN ONLINE
Sumber-Artikel-Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_40/Sistem-komunikasi-dipadam-siasat-kemungkinan-rampasan#ixzz2w25BJa5n
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment