Ad

Saturday, 5 April 2014

RAHSIA Lautan Hindi

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
“DENGAN rasa sedih dan kesal saya perlu memaklumkan berdasarkan data itu, penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi."

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 Mac lalu mencetuskan pelbagai persoalan tentang misteri kehilangan pesawat MH 370 di Lautan Hindi. Namun, ramai yang masih tidak tahu rahsia Lautan Hindi itu sendiri.

Operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi merupakan satu kawasan yang paling terpencil dan paling menakutkan di planet bumi, terletak berhampiran pinggir benua Antartika.

Pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu itu tertumpu sepanjang perairan 2,500 kilometer dari barat daya Perth.

Kawasan itu kurang dilalui trafik maritim, dan apabila kapal-kapal dagang dimaklumkan tentang penemuan dua objek di kawasan itu oleh satelit pada 25 Mac lalu, kapal dagang yang paling hampir dengan kawasan itu mengambil dua hari perjalanan untuk sampai ke situ.

Kawasan ini sentiasa dilanda angin kuat dan sering dilanda ombak besar.

Malah dalam keadaan tenang pun kawasan perairan itu sangat mencabar dan dengan ketibaan musim luruh di selatan hemisfera, cuaca akan bertukar menjadi semakin buruk.

Kapal-kapal yang berlayar di kawasan itu hanya akan bertemu kapal lain berlayar di situ dalam tempoh 50 hari belayar, dan ia terletak berhampiran dengan Antartika serta pangkalan-pangkalan penyelidikan di benua itu.

Selain tragedi kehilangan pesawat MH370 di Lautan Hindi, tahukah anda dasar lautan ini pernah mengalami gempa bumi yang paling dasyat hingga menyebabkan tsunami terbesar di Asia pada 26 Disember 2004.

Dalam pada itu, perubahan suhu tinggi musim panas yang berbeza antara Asia tengah dan Lautan Hindi menyebabkan banjir monsun yang menyebabkan kemusnahan teruk di India , Nepal dan Bangladesh beberapa kali.

Tidak ketinggalan, taufan Nargis yang melanda Myanmar pada Mei 2008 disebabkan musim siklon Lautan Hindi Utara.

Beberapa kemalangan juga pernah berlaku di lautan ini termasuk sebuah kapal terbang Airbus A310 Yemeni Air terhempas di Kepulauan Comoros, Lautan Hindi dan sebuah feri karam di luar perairan pulau Tanzania di Lautan Hindi.

Kisah pelayar solo perempuan (11 Jun 2010)

Seorang budak perempuan berusia 16 tahun dari Carlifonia yang cuba berlayar mengelilingi dunia secara solo dilaporkan selamat dan sihat, setelah operasi mencari serta menyelamat secara besar-besaran dijalankan di Lautan Hindi selepas gadis itu menghantar isyarat kecemasan.

Sebelum itu, Abby Sunderland dilaporkan hilang di perairan Lautan Hindi dan berita terakhir daripadanya diterima selepas dia membuat panggilan kecemasan melalui telefon statelit setelah kapal layarnya, Wild Eyes dipukul ombak besar di selatan Lautan Hindi .

Operasi mencari Sunderland itu melibatkan pihak berkuasa Australia, Amerika Syarikat dan Perancis yang menghantar kapal serta pesawat komersial ke kawasan itu kira-kira 2,000 batu dari tenggara Madagascar dan barat daya Australia.

Laurance, bapa Sunderland, pada awalnya putus hubungan dengan anaknya itu semasa membuat panggilan melalui telefon statelit dan percaya bot anaknya itu terbalik dan dia berada dalam keadaan bahaya.

Pelayar itu terpaksa bertarung dengan angin selaju 60-knot dengan kedalaman laut antara enam meter hingga 7.6 meter sebelum hilang dan dipukul ombak beberapa kali sehingga layarnya jatuh ke dalam air.

Dalam pada itu, pelayar solo British, Tony Bullimore pernah diselamatkan oleh pasukan tentera laut Australia pada 1996 selepas kapal layarnya terbalik dalam satu perlumbaan di mana pesaingnya yang lain terbunuh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140331/lk_02/RAHSIA-Lautan-Hindi#ixzz2y3rKxs3R © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment