27 MAY 2014 07:22PM
Antara gambar menarik yang
dipaparkan pada Pameran Fotografi 40
tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China yang diadakan di Pusat Beli Belah
Bangsar, Kuala Lumpur.
Antara gambar menarik yang
dipaparkan pada Pameran Fotografi 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China
yang diadakan di Pusat Beli Belah Bangsar, Kuala Lumpur.
Oleh Izzatie Rizan
(izzatie@abnxcess.com)
KUALA LUMPUR – Tidak bebas
bergerak dan hanya dibenarkan memakai pakaian seragam berwarna biru.
Itu pengalaman Datuk Kassim
Maon ketika beliau mengiringi Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul
Razak Hussein ketika melawat Republik China, 40 tahun yang lalu.
Kassim, ketika mengimbas semula
lawatan tersebut berkata, ketika itu delegasi Malaysia juga tidak dibenarkan
bergerak bebas.
Datuk Kassim Maon
Kassim Maon
“Pada waktu itu, sepanjang sesi
lawatan berlangsung, kami tidak boleh bergerak bebas… hampir sepenuh masa kami
dikawal ketat,” katanya.
Namun keadaan kini telah
berubah dan ramai rakyat Malaysia yang melawat negara berkenaan.
Kassim berkata demikian ketika
menceritakan pengalamannya mengiringi Allahyarham Tun Abdul Razak melakukan
lawatan bersejarah ke Beijing dan menjalin hubungan dengan negara tembok besar
itu.
Kassim ditemui pada Pameran
Fotografi 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China yang diadakan di Pusat
Beli Belah Bangsar mulai hari ini hingga 8 Jun.
Sementara itu, Datuk Mohd
Idris, yang menjadi polis pengiring ketika itu berkata, beliau berasa bangga
kerana menjadi sebahagian daripada delegasi tersebut.
Datuk Mohd Nordin Idris
Mohd Nordin Idris
“Sudah tentu saya sangat bangga
kerana bukan sebarang orang boleh bertemu dengan Pemimpin Mao.
“Ketika itu, kami diarahkan
untuk menunggu sebelum dapat berjumpa dengannya, harus tunggu sehingga giliran
kami tiba, gambar juga ketika itu tidak boleh diambil,” ujarnya kepada
pemberita
Sempena meraikan ulang tahun
ke-40 hubungan Malaysia-China pada 31 Mei ini, Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak mengadakan lawatan ke Republik tersebut selama seminggu mulai
hari ini.
Sumber-http://news.abnxcess.com/bm/2014/05/deligasi-pertama-negara-ke-china-ceritakan-pengalaman-mereka/
No comments:
Post a Comment