Ad

Monday, 11 April 2016

3.2 Reaksi masyarakat tempatan di Algeria abad ke-19-20

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Reaksi masyarakat Algeria terhadap kuasa Barat.
Pada abad ke 16 hingga 19M, Algeria merupakan sebahagian wilayah khilafah Uthmaniyyah Turki. Pernah dijajah Perancis selama I32 tahun. Algeria merupakan negara terbesar di Afrika dan di dunia Arab. Kaya dengan sumber minyak dan gas. Pada tahun 1827 tentera Perancis mula menceroboh Algeria.Serangan Marshall Bugeud ke atas Sidi Faraj 13 Jun 1830 telah membawa kepada penjajahan Perancis.[1]

Penaklukan Perancis di Algeria 1830.
 Algeria memiliki simpanan minyak yang besar dan posisi strategik sebagai pelabuhan di Mediterranean. Kempen asimilasi budaya Perancis - percakapan dan pengajaran bahasa Arab
diharamkan.Bahasa perancis menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa Arab dan Barber. polisi ini telah menghapuskan identiti kebangsaan dan warisan budaya rakyat Algeria.

Perancis memberikan tekanan kepada rakyat Algeria dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Beribu pendatang Eropah telah berhijrah ke Algeria untuk membuka kebun kerana keluasan tanahyang dimiliki oleh Algeria. Mereka menduduki semua kota di Algeria.

Dasar pendidikan menyebabkan kadar pandai membaca, menulis dan mengira Rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah. Dasar perancis ini menimbulkan reaksi tidak puas rakyat tempatan kerana hak mereka telah dirampas.[2] Lahir golongan nasionalis Algeria yang cuba menghidupkan semula bahasa sendiri, memperkasakan identiti nasional berdasarkan Islam dan mendaulatkan bahasa Arab.

Penentangan oleh Syeikh Abdur Qadir ar-lazair,Gabenor Mascara pada tahun 1832.
Sebagai ulama besar Algeria, beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dan mengisytiharkan negara Islam Algeria. Beribu umat Islam dibunuh dalam penentangan tersebut. Jihad berterusan telah berraku di Algeria menelan korban sejuta syuhada sehingga Algeria digelar sebagai ' Negara Sejuta Syuhada' .

Gerakan Persatuan Ulama Algeria pimpinan Syeikh Abdul Hamid Ben Badis.
Keahlian terdiri daripada guru-guruagama. Gerakan ini bertujuan menyatukan umat Islam.Gerakan ini menyelar pegawai-pegawai pentadbiran agamayang dilihat menjadi alat penjajah Perancis.

Penaklukan Jerman ke atas Algeria - era Perang Dunia
Kedua, Jerman berjaya mengalahkan Perancis dan menakluki Algeria. Ramai pemimpin dan nasionalis Algeria yang ditahan Jerman telah dibunuh dan ada yang dihantar ke kem-kem tahanan.

Pembunuhan Beramai-ramai Setif 1945.
Apabila Pihak Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada 1942M dalam Perang Dunia Kedua, pihak nasionalis membayangkan kemerdekaan Algeria. 1943, Ferhat Abbas memberikan empat cadangan kepada Pihak Bersekutu, antaranya memberikan kemerdekaan serta penggubalan perlembagaan baharu Algeria. Rakyat Algeria menyokong dan berjuang bersama Pihak Bersekutu menentang penjajahan Jerman dengan harapan permintaan mereka dipenuhi namun ditolak. 8 Mei 1945,rakyat Algeria berkumpul sambil mengibarkan bendera bagi meraikan tamatnya peperangan. Namun,kemuncaknya tentera Perancis telah melepaskan tembakan rambang kepada orang awam. 45,000 umat Islam mati dalam pembunuhan kejam itu dan ramai yang cedera.Ekoran itu, segala aktiviti politik di Algeria diharamkan dan beribu rakyat ditahan tanpa alasan. Kezaliman Perancis membangkitkan reaksi rakyat tempatan di seluruh negara.Penentangan semakin meningkat dan Perancis bertindak balas.

Perang Kemerdekaan Aljazair 1954 -1962 (Revolusi Algeria).
1950an, gerakan nasionalisme Algeria semakin matang dengan menggabungkan semangat nilai Islam  yang dipelopori Syeikh Abdul Qader dengan fahaman moden Perancis seperti demokrasi. Justeru Revolusi Algeria mengambil inspirasi dari keduanya. perang gerila (perang Kemerdekaan Aljazair) merupakan peperangan berdarah dan sengit.

Pelindung pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kemerdekaan (ALN) ditubuhkan pada 1954M untuk mengetuai perang gerila. perancis enggan kehilangan Algeria kerana negara ini kaya dengan simpanan minyak dan gas asli.

Kemerdekaan Algeria juga memberi impak kepada gerakan nasionalisme negara-negara Arab
lain. Terjadi pembunuhan beramai-ramaidi mana banyak perkampungan dibakar oleh tentera perancis, tanaman dimusnahkan, ribuan haiwan ternakan dibunuh, sekolah-sekolah dan masjid-masjid dirobohkan. Situasi ini berterusan sehingga Algeria mencapai kemerdekaan pada 5 Julai 1962.

Kemerdekaan Algeria 1962M
Perancis akhirnya menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan.Perancis meletakkan syarat kemerdekaan supaya FLN melaksanakan dasar sekular dalam pemerintahan negara di Algeria. Pergerakan FLN dan ALN bermesyuarat di Kaherah 1958 dan seterusnya membentuk kerajaan sementara Algeria. FLN dan perancis mengiytiharkan genjatan senjata melalui peranjian Evian dan Algeria akhirnya mengisytiharkan kemerdekaan pada 1962.

      Perjuangan kemerdekaan selama hampir tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria terbunuh. Perjuangan panjang rakyat Algeria pimpinan ulama dan nasionalis berjaya membentuk Algeria ke arah berkerajaan sendiri.

Algeria Selepas Era penjajahan.
FLN melantik Ahmed Ben Bella (bekas pelajar di sekolah perancis) sebagai presiden Algeria pertama. Beliau mendapat sokongan golongan elit sekular dan pihak elit tentera yang sekular yang mendapat latihan di Perancis. Kepimpinan Ben Bella digulingkan oleh Kol. Hawari Boumedienne pada 1965 ekoran kegagalan memberi kemakmuran ekonomi dan demokrasi. Nilai-nilai Islam juga kurang diendahkan.

FLN muncul sebagai parti yang mengongkong dalam bentuk sistem bernegara satu parti. Dasar sosialisme menjadi asas utama dalam pemerintahan Kol. Hawari Boumedienne. Beliau mengamalkan dasar anti-penjajah  dan sistem satu parti iaitu pembolotan kuasa oleh FLN.

Gerakan  Islam Algeria.
 Awal 1980an, muncul gerakan Islam yang dipelopori anak-anak muda Algeria akibat kecewa dengan sistem kediktatoran dan sosialisme. Gerakan Islam Algeria ini menubuhkan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dan dalam pilihanraya tempatan, FIS telah mengalahkan FLN. FIS cuba memerintah kerajaan tempatan dalam lingkungan demokratik dan Islamik. Kemenangan
FIS mengejutkan dunia Barat, khasnya Perancis dan Amerika Syarikat. Atas sokongan mereka, kerajaan Algeria mengharamkan FIS dan menangkap pemimpinnya.[3]




[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 192.
[2]“ Reaksi Masarakat Tempatan ”, dalamModul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah P2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),112.
[3] Ibid,115

No comments:

Post a Comment