AFP
PEMAIN Denmark meraikan kejayaan bersama penyokong mereka selepas menumpaskan Wales. FOTO EPA
Amsterdam: Selepas memulakan kejohanan dengan penuh tragis mampukah Denmark mengakhirinya dengan kejayaan?
Pasukan bimbingan Kasper Hjulmand itu seperti membuktikan apa saja boleh berlaku apabila berjaya membelasah Wales pagi tadi untuk mara ke suku akhir Euro 2020.
Sebelum ini bola sepak seakan tidak lagi penting buat mereka selepas Christian Eriksen mengalami serangan jantung pada aksi pembukaan menentang Finland di Copenhagen, yang menyaksikan mereka kalah 0-1.
Bagaimanapun, pasukan Denmark mengharungi saingan dengan penuh emosi sejak kejadian itu dan berjaya melepasi peringkat kumpulan di Amsterdam, sebelum mencatatkan kemenangan paling besar di Euro pada aksi kalah mati.
'Sekarang kita boleh terus maju ke depan' salah satu tajuk yang terpampang di tabloid, Ekstra Bladet, yang mengharapkan Denmark sudah bersedia mengharungi suku akhir di Baku hujung minggu depan.
"Selesaikan perkara satu demi satu. Tidak untuk memikirkan lebih dari itu tapi kami sentiasa percaya antara satu sama lain," kata Hjulmand.
Ia sama seperti peristiwa Euro 1992, di mana Denmark berjaya melayakkan diri selepas Yugoslavia tidak dibenarkan beraksi di Sweden akibat penggantungan disebabkan peperangan.
Mereka bukan saja layak pada saat akhir malah muncul juara di Euro 1992.
Kemenangan pagi tadi hadir pada ulang tahun mereka muncul juara dan kali ini tanpa Eriksen, ia jelas Denmark masih lagi pasukan luar biasa berbekalkan semangat untuk menghadiahkan kemenangan kepada rakan sepasukan mereka yang jatuh sakit.
Disiarkan pada: Jun 27, 2021 @ 8:01pm.1
_____________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723395/denmark-mula-terbayang-kejayaan-1992
No comments:
Post a Comment