Agensi
HAVERTZ akui Jerman tidak perlu melakukan latihan sepakan penalti menjelang aksi menentang England. FOTO AFP
Herzogenaurach: Jerman tidak melakukan latihan penalti menjelang aksi 16 akhir Euro 2020 menentang England di Stadium Wembley tengah malam Selasa, dengan berharap mereka boleh menghabiskan aksi dalam tempoh 90 minit.
Jerman memenangi setiap aksi penentuan penalti Piala Dunia, manakala berjaya melakukannya dua daripada tiga kali di Euro, kecuali kalah sekali pada final Euro 1976 kepada Czechoslovakia.
Mereka juga menumpaskan England dalam penentuan penalti di Wembley pada aksi separuh akhir 1996 sebelum memenangi kejohanan berkenaan buat kali ketiga.
"Kami mahu mengharungi perlawanan ini dengan memenangi aksi dalam 90 minit.
"Ia boleh diheret sehingga penentuan penalti pada peringkat seperti ini dalam kejohanan, jadi kami harus sentiasa bersedia. Sebenarnya selepas berlatih kami ada melakukan beberapa sepakan penalti untuk melihat siapa lebih layak mengambilnya
"Bagaimanapun, ia bukan isu besar untuk perlawanan berkenaan. Aksi 120 minit sebelum penalti adalah lebih penting dan meletakkan tekanan kepada diri sendiri (sepakan penalti) adalah kurang bagus," kata pemain tengah, Kai Havertz.
Jerman hanya mencatatkan satu kemenangan di peringkat kumpulan namun mara selepas menduduki tempat kedua selepas aksi mendebarkan seri 2-2 menentang Hungary.
England bagaimanapun kurang memberangsangkan namun masih mampu muncul juara Kumpulan D dengan mengumpul tujuh mata dan tidak melepaskan sebarang gol.
Disiarkan pada: Jun 27, 2021 @ 10:02pm.1
_______________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723439/jerman-tidak-fokus-latihan-penalti
No comments:
Post a Comment