PERTAHANAN Itali, Francesco Acerbi (kanan) cuba menghalang gerakan penyerang Austria, Marko Arnautovic sewaktu kedua-dua pasukan bertemu di peringkat 16 terakhir Euro 2020 di Stadium Wembley, London, awal pagi tadi.- AFP
Oleh Meja Sukan
27 Jun 2021, 11:17 pm
LONDON: Pertahanan Itali, Francesco Acerbi berkata, dia lebih suka berdepan Cristiano Ronaldo berbanding Romelu Lukaku dalam saingan suku akhir Euro 2020 kerana bintang Protugal itu lebih mudah diikat.
Acerbi beraksi penuh dalam kemenangan 2-1 Itali ke atas Austria di peringkat 16 terbaik awal pagi tadi, dengan ketiga-tiga gol terhasil pada masa tambahan.
Skuad bimbingan Roberto Mancini bakal berdepan sama ada Portugal atau Belgium yang akan bersaing esok (pukul 3 pagi waktu Malaysia).
Pertahanan Lazio itu berkata, dia berasakan lebih mudah menyekat Ronaldo berbanding Lukaku kerana penyerang Belgium itu mempunyai pakej lengkap.
“Mungkin Romelu kerana dia ada seorang pemain yang lengkap, sama seperti Cristiano, yang sering menjaringkan gol.
“Bagaimanapun, selaku penyerang tulen, Romelu lebih sukar diikat kerana fizikalnya yang mantap dan mempunyai banyak tenaga dan mempu memberi tentangan kepada pertahanan lawan.
“Bagi saya Cristiano lebih kepada penyerang klasik dan dia lebih mudah diikat berbanding Romelu,” kata Acerbi.- AGENSI.1
_______________________________________________
1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/06/ronaldo-lagi-senang-diikat-acerbi/
No comments:
Post a Comment