Agensi
FODEN dan Mount jadi pilihan Southgate berbanding Saka. FOTO Agensi
London: Phil Foden dan Mason Mount dijangka akan membarisi kesebelasan utama skuad England menjelang pertemuan mereka menentang Jerman dengan Bukayo Saka akan diketepikan biarpun mempamerkan aksi mengagumkan ketika menentang Republik Czech.
Foden dilihat akan kembali membarisi skuad England bersama-sama Mount selepas bebas dari kuarantin.
Kehadiran dua pemain itu memberi keyakinan buat pasukan dengan John Stones berkata, mereka bertekad untuk melakar sejarah dan membawa pasukan England memenangi Euro buat kali pertama.
Pengurus England, Gareth Southgate berkata dia tidak boleh mengambil risiko kehilangan kedua-dua pemain itu Mount dan Foden. Foden akan digantung jika mendapat satu lagi kad kuning pada saingan 16 terakhir.
Southgate melihat mahu menurunkan kedua-dua pemain itu selepas direhatkan dengan mengorbankan Bukayo Saka, pemain terbaik ketika bertemu Czechs.
Tahap kecergasan Mount menjadi persoalan biarpun dia menjalani latihan sendiri bersama Ben Chilwell yang turut dikuarantin namun mungkin boleh diturunkan jika diperlukan.
Pemain pertahanan John Stones menegaskan bahawa pasukan tidak akan dihantui kekalahan lalu kepada Jerman, iaitu pada 1990, 1996 dan 2010, tapi sebaliknya bersedia melakarkan sejarah baru mereka sendiri.
"Itulah salah satu perkara yang memotivasikan kami. Ia adalah perkara paling utama dalam fikiran kami," kata Stones.
"Tidak ada pasukan England yang pernah menjulang trofi juara Eropah sebelum ini. Jika kami lakukan, ia akan menjadi sejarah. Saya tidak mahu mengatakan bahawa kami akan menjadi legenda.
"Kami mahu melakukannya untuk diri sendiri, keluarga dan juga untuk negara."
"Kami tahu betapa istimewanya bermain untuk England dan melakukannya di tempat sendiri atau melakukannya di England adalah satu yang istimewa. Kami mahu lakar sejarah.
Lagi berita berkaitan Euro 2020
Disiarkan pada: Jun 27, 2021 @ 10:10am.1
_____________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723167/kami-mahu-lakar-sejarah-stones
No comments:
Post a Comment