Ad

Sunday 27 June 2021

England sedia guna Saka [VIDEO]

Agensi



SAKA berjaya memberikan aksi terpuji ketika menentang Czech. FOTO AFP

London: Pemain muda Arsenal, Bukayo Saka berjaya memberikan aksi terpuji setakat ini di Euro 2020 dan membuktikannya di padang latihan apabila langsung tidak membenarkan Jack Grealish melepasinya ketika mereka berlatih.

Saka tidak diturunkan dalam dua aksi pertama England namun menyinar menerusi corak permainan menyerang ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Republik Czech.

Pemain berusia 19 tahun dari Ealing itu membuktikan bahawa dia juga mampu melaksanakan tugas ketika bertahan.

Ketika berdepan Grealish, yang turut diturunkan menentang Czech, Saka berjaya mengepung dan menghalang rakan sepasukannya daripada menghampiri pintu gol.

Pemain Aston Villa itu ternyata gagal mencari jalan untuk melepasi Saka dan akhir sekali terlepas mengawal bola dengan sempurna.

Saka berharap dapat memikat Gareth Southgate dan dikekalkan dalam kesebelasan utama menjelang aksi berdepan Jerman di Wembley.

Disiarkan pada: Jun 27, 2021 @ 10:39pm.1

__________________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723451/england-sedia-guna-saka-video

No comments:

Post a Comment