Agensi
SOUTHGATE (kiri) dan Low bakal mempertaruhkan strategi terbaik masing-masing di Wembley. FOTO AFP
London: Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low mengimbau sejarah pertemuan pasukannya dengan England menjelang perlawanan tumpuan Euro 2020 di Wembley tengah malam ini.
Die Mannschaft menang empat aksi terakhir kalah mati dengan England di kejohanan utama walaupun Three Lions menewaskan Jerman Barat pada final Piala Dunia 1966.
Perlawanan kali ini yang ke-13 di antara England dan Jerman di Wembley. England menang empat daripada lima aksi pertama (kalah sekali) termasuk di final Piala Dunia 1966 tetapi tidak menang dalam tujuh perlawanan seterusnya di stadium kebangsaan (seri dua kali, tewas lima kali).
Low bertugas ketika Jerman menewaskan England 4-1 pada pusingan kedua Piala Dunia 2010 manakala pengurus England, Gareth Southgate terlepas penalti ketika Three Lions tewas 6-5 menerusi penentuan penalti pada separuh akhir Euro 1966 di Wembley.
"Saya fikir semua perlawanan antara England dan Jerman yang anda perkatakan berkaitan masa lalu. Tetapi kali ini ia menjadi perhatian semua orang. Ia perlawanan besar kepada kedua-dua pasukan.
"Saya dapat merasakan pemain bermotivasi tinggi dan kami sudah menganalisa skuad England. Kami teruja dengan pertembungan kali ini.''
Low mengendalikan Jerman sejak 2006, menjuarai Piala Dunia 2014 dan akan menamatkan tugasnya selepas berakhir Euro 2020. Tetapi dia tidak terlalu memikirkan nasib sama ada aksi menentang England adalah tugas terakhirnya.
Disiarkan pada: Jun 29, 2021 @ 12:49pm.1
____________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/724085/rekod-pertemuan-azimat-jerman
No comments:
Post a Comment