Ad

Tuesday 29 June 2021

Tewaskan Jerman England mampu ke final - Mourinho

Agensi



BERDASARKAN pencapaian England menewaskan Jerman, skuad Three Lions itu mampu mara hingga ke final. FOTO Agensi

London: Jose Mourinho menjangkakan England akan mara ke final Euro 2020 selepas mereka menewaskan Jerman untuk menempah tempat ke suku akhir.

Gol pada separuh masa kedua dari Raheem Sterling dan Harry Kane membantu England melakarkan kemenangan 2-0 ke atas Jerman di Wembley.

Ia adalah kemenangan pertama England ke atas Jerman di pusingan kalah mati sejak mereka memenangi Piala Dunia 1966.

Gareth Southgate mendahului kumpulan dengan dua kemenangan satu seri dan kini hanya tiga lagi kemenangan akan membawa mereka menjuarai Kejuaraan Eropah buat pertama kali dalam sejarah.

England akan berdepan Ukraine di suku akhir dan jika mereka berjaya menanti mereka di separuh akhir sama ada Denmark atau Republik Czech.

Mourinho mengagumi kemenangan England ke atas Jerman dan kini mengharapkan Three Lions mampu mara hingga ke final dan mungkin akan berdepan sama ada Switzerland, Sepanyol, Belgium atau Itali.

"Saya menonton perlawanan dan mengharapkan untuk ditonton," kata bekas pengendali Tottenham, Manchester United, Chelsea dan Real Madrid.

"Satu perlawanan besar, kedua-dua pasukan saling menghormati tetapi England pada pendapat saya sangat mantap dan mereka berada di sana pada masa yang tepat.

"Mereka ada tuah yang diperlukan. Saya sangat gembira untuk Southgate, pemain dan peminat England kerana ia adalah satu saat yang hebat buat mereka.

"Saya berfikir mungkin mereka akan pulang rupanya masih belum masanya untuk pulang. Kami perlukan keseimbangan sekarang kerana perjalanan masih jauh.

"Saya tidak melihat England tewas kepada satu dari empat pasukan yang boleh mereka bertemu di suku akhir atau separuh akhir tapi anda perlu hormati bola sepak.

"Perancis tidak layak kerana mereka tidak menghormati perlawanan.

"Saya rasa mereka bersedia untuk segalanya dan saya akan sangat kecewa jika mereka tidak mara ke fina," katanya.

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Jun 30, 2021 @ 9:14am.1

______________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/724472/tewaskan-jerman-england-mampu-ke-final-mourinho

No comments:

Post a Comment