Ad

Monday 28 June 2021

Ecuador sekat Brazil

AFP



AKSI Militao melakukan tandukan untuk gol pendahuluan Brazil. FOTO EPA

Goiania, Brazil: Ecuador mara ke suku akhir Copa America selepas seri 1-1 dengan Brazil yang beraksi tanpa Neymar pagi ini.

Peru pula menewaskan Venezuela 1-0 menerusi jaringan Andre Carillo dalam satu lagi aksi Kumpulan B sekali gus menyingkirkan pasukan "Vinotinto" yang dihantui Covid-19 daripada kejohanan Amerika Selatan itu.

Brazil yang memburu kemenangan ke-10 berturut-turut tidak mendapat laluan mudah daripada Ecuador pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Jurulatih Tite merehatkan bintang Paris Saint-Germain, Neymar tetapi "Selecao" masih menguasai babak pertama dan mereka mendahului pada minit ke-37 apabila Eder Militao menanduk masuk hantaran sepakan percuma yang gagal dijangkau penjaga gol Ecuador, Hernan Galindez.

Tetapi Ecuador bangkit lebih garang pada babak kedua dan mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-53. Tandukan ke belakang Enner Valencia dalam kotak penalti disambar Angel Mena yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Brazil, Alisson.

"Kami beraksi dengan baik pada babak pertama dengan mengikut 'stail' kami malah babak pertama lebih baik daripada babak kedua," kata pertahanan Brazil, Marquinhos.

"Kini kami berada pada peringkat penting, kalah mati. Jadi kami perlu pamer aksi terbaik sepanjang perlawanan."

Keputusan seri itu membolehkan Brazil menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan 10 mata daripada empat perlawanan, tiga mata di depan Peru yang menduduki tangga kedua.

Colombia ketiga dengan empat mata dan Ecuador keempat dengan tiga mata.

Venezuela pula tersingkir bersama satu lagi pasukan dalam Kumpulan A, Bolivia.

Kumpulan A mempunyai satu lagi perlawanan esok membabitkan pertemuan Uruguay dan Paraguay manakala Bolivia menentang Argentina.

Dengan lapan pasukan ke suku akhir sudah disahkan, kini tumpuan kepada Chile atau Uruguay yang akan berdepan juara bertahan, Brazil di suku akhir.

Lagi berita berkaitan Copa America 2021Disiarkan pada: Jun 28, 2021 @ 8:51am.1

_________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723562/ecuador-sekat-brazil

No comments:

Post a Comment