Ad

Tuesday, 29 June 2021

Perancis tak sepatutnya tewas

AFP



AKSI Lloris ketika cuba menyelamatkan penalti Ruben Vargas. FOTO EPA

Bucharest: Kapten Perancis Hugo Lloris mengakui juara dunia itu dihukum selepas gagal bertahan selepas mendahului dua gol ketika mereka tewas 5-4 menerusi penentuan penalti kepada Switzerland dalam aksi pusingan kedua Euro 2020.

Skuad Didier Deschamps ketinggalan di Bucharest tetapi Karim Benzema meledak dua gol manakala Paul Pogba menambah gol ketiga untuk Perancis tampak hampir ke suku akhir.

Tetapi Switzerland bangkit dengan Haris Seferovic menjaringkan gol keduanya sebelum Mario Gavranovic memastikan kedudukan 3-3 dan mengheret ke masa tambahan yang menyaksikan sepakan Kylian Mbappe diselamatkan penjaga gol Yann Sommer ketika penentuan penalti.

"Mengecewakan, malah lebih daripada itu selepas penentuan penalti yang seperti loteri," kata Lloris.

REAKSI Lloris selepas tamat perlawanan. FOTO AFP

"Apa yang kami kesalkan ialah ketika mendahului 3-1 kami sepatutnya lebih mengawal pemainan seperti yang kami lakukan sejak beberapa tahun lalu.

"Switzerland bangkit dengan 3-2 dan gol pada minit akhir amat mengecewakan kami," tambahnya.

"Sebagai juara dunia, tersingkir ketika peringkat kalah mati sukar diterima. Semua orang mengharapkan lebih dari itu, bermula dengan kami.''

Perancis tidak tewas dalam aksi kompetitif sejak perlawanan kelayakan menentang Turki pada Jun 2019 tetapi kali pertama tewas menerusi penentuan penalti sejak final Piala Dunia 2006 kepada Itali.

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Jun 29, 2021 @ 7:29am.1

______________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723999/perancis-tak-sepatutnya-tewas

No comments:

Post a Comment