Ad

Sunday, 27 June 2021

Saka mampu hantui Jerman

Agensi



KELINCAHAN Saka sukar dibendung pemain Republik Czech. FOTO AFP

London: Bintang Arsenal Bukayo Saka mula mencipta nama di pentas antarabangsa selepas menampilkan aksi terpuji ketika menentang Republik Czech pada saingan peringkat kumpulan di Euro 2020.

Prestasi cemerlang pemain berusia 19 tahun itu yang dipilih pemain terbaik perlawanan di Wembley mengundang pujian penyokong dan pengulas sukan menerusi penguasaan mantap di bahagian tengah.

Dia mencipta gerakan yang membolehkan Raheem Sterling menjaringkan gol kemenangan. Pengendali Three Lions Gareth Southgate mengagumi sumbangan Saka dan semalam Ian Wright serta Roy Keane memberikan kata semangat buat pemain muda itu menjelang aksi getir menentang Jerman pada suku akhir malam esok.

Ian Wright ketika bercakap kepada ITV mengenai Bukayo Saka: ''Dia adalah pemain yang dicari Freddie Ljungberg ketika berusia 17 tahun.

"Apa yang penyokong England lihat sekarang ialah apa yang penyokong Arsenal perkatakan sejak kali pertama dia beraksi. Dia mencipta 19 bantuan gol dan beraksi di lima posisi di Arsenal, sesuatu yang bukan mudah.''

Pujian bukan sahaja datang daripada legenda Gunners malah turut mendapat perhatian bekas kapten Manchester United Roy Keane.

Tetapi dia mengharapkan Southgate dapat menyenaraikan Saka dalam kesebelasan utama.

''Dia memberikan segalanya ketika anda mahukan khidmatnya untuk kelab dan negara. Amat menarik untuk dilihat sama ada Gareth mempercayai Saka untuk beraksi di peringkat kalah mati, kita tunggu.''

Bagaimanapun, Wright berpendapat mungkin pengalaman Saka yang masih kurang menjadi faktor penentu yang diambil kira Southgate namun dia percaya pemain itu tetap menjadi senjata yang mampu merobek gawang skuad Joachim Löw.

Disiarkan pada: Jun 28, 2021 @ 8:15am.1

________________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723552/saka-mampu-hantui-jerman

No comments:

Post a Comment