Ad

Friday, 25 June 2021

FILEM NASIB DO RE MI

 



Pengarah Tan Sri P Ramlee

Penerbit Tan Sri Runme Shaw

Penulis S. Sudarmaji

Dibintangi oleh

Tan Sri P. Ramlee

A. R. Tompel

Ibrahim Din

Muzik oleh

Tan Sri P. Ramlee

Dato Ahmad Nawab

Disunting oleh Johari Ibrahim

Syarikat

penerbitan

Merdeka Film Productions

Pengedar Shaw Organisation

Mula ditayangkan

September 1966

Negara Malaysia

Bahasa Bahasa Melayu

Nasib Do Re Mi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan oleh Studio Filem Merdeka di Malaysia. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini mula ditayangkan pada September 1966 di pawagam seluruh negara. Menampilkan barisan pelakon seperti Tan Sri P. Ramlee, A. R. Tompel, Ibrahim Din dan ramai lagi.

Filem ini diarahkan oleh Tan Sri P Ramlee.

Sinopsis

Mengisahkan tiga orang sahabat bernama Do, Re dan Mi dengan satu kumpulan samseng. Cerita ini adalah sambungan kepada filem lalu, Setelah ketiga-tiga orang sahabat melarikan diri dari dikejar oleh sekumpulan orang kampung yang berang akibat ditipu oleh mereka bertiga kerana jualan ubat 'minyak' panas yang laku. Setelah melarikan diri terlalu jauh sehingga ke dalam hutan hingga larut malam, mereka menjumpai sebuah rumah usang yg didiami oleh seorang tua yang juga merupakan bekas pemuzik jalanan.


Setelah itu, plot cerita semakin berkembang setelah ketiga-tiga sahabat itu cedera dalam cubaan menyelamatkan satu pasangan iaitu Lokman dan Nora di taman dari dipukul oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Komeng yang juga merupakan dalang di sebalik kejadian rompakan kedai emas yang semakin berleluasa baru-baru ini. Setelah melarikan diri dari hospital, ketiga-tiga orang sahabat terus mati akal untuk mencari ikhtiar hidup sehingga Do mendapat akal untuk mendapatkan wang dengan menipu Komeng dan konco-konconya.


Kemuncak kepada filem ini adalah bagaimana tiga orang sahabat bersama Lokman membuat keputusan untuk membawa Komeng dan kumpulan ke muka pengadilan dengan Nora sebagai pengintip wanita. Setelah Lokman, Do, Re dan Mi berjaya menumpaskan geng terbabit, mereka diberi ganjaran sebanyak RM1000 oleh anggota polis kerana kerjasama yang diberi. Namun Do membuat keputusan untuk menghadiahkan bahagian mereka kepada pasangan tersebut sebagai hadiah perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Re yang pada mulanya berat hati akur disamping memikirkan mereka sudah banyak wang hasil dari menipu duit Komeng dan kumpulannya.


Filem berakhir dengan Nora dan Lokman melangsungkan perkahwinan disaksikan tiga sahabat. Setelah perkahwinan, ketiga-tiga sahabat bahagia menunggang basikal baru (kemungkinan dibeli dari duit Komeng yang telah ditipu) menuju ke tempat yang tidak diketahui untuk memulakan satu pengembaraan yang baru.


Pelakon

P. Ramlee sebagai Do

A. R. Tompel sebagai Re

Ibrahim Din sebagai Mi

Mahmud Jun sebagai Pak Maon

Ghazali Sumantri sebagai Lokman

Mahyon Ismail sebagai Nora

Wan Chik Daud sebagai jururawat

Idris Hashim sebagai Komeng, ketua kumpulan penjenayah

Hussein Abu Hassan sebagai Yusni, ahli kumpulan Komeng

Sharif Babu sebagai Sharif, ahli kumpulan Komeng

A. Bakar Jaafar sebagai ahli kumpulan Komeng

A. Azman (Tony Azman) sebagai ahli kumpulan Komeng

Habibah Haron sebagai isteri Pak Maon

Karim Latiff sebagai doktor

Ramlee Ismail (Ramlee Kechik) sebagai rakan Pak Maon

Ahmad Dadida sebagai pengurus Kedai Emas Sentosa

Nor K K sebagai Pak Lebai

A. K. Jailani sebagai Penarik Beca

Raden Sudiro sebagai Tok Bomoh

Saloma sebagai Penyanyi dalam Pesta Muda Mudi

Lagu

Sua Sue Kemoning nyanyian Tan Sri P Ramlee, A R Tompel & Ibrahim Din

Taman Firdaus ciptaan Dato Ahmad Nawab, nyanyian Tan Sri P Ramlee & Puan Sri Saloma

Ilham Tiba ciptaan Dato Ahmad Nawab, nyanyian Tan Sri P Ramlee & Puan Sri Saloma

Malam Pesta Muda Mudi nyanyian Puan Sri Saloma.1

______________________________________________

1https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasib_Do_Re_Mi

No comments:

Post a Comment