Ad

Sunday 27 June 2021

Sepakan percuma Ronaldo diperlekeh

Agensi



RONALDO (kanan) ketika melakukan sepakan percuma. FOTO EPA

London: Ian Wright mengecam Cristiano Ronaldo selepas bintang Portugal itu terus gagal menyempurnakan sepakan percuma ketika bertemu Belgium.

Belgium di bawah bimbingan Roberto Martinez mara ke suku akhir selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Portugal dengan Ronaldo dilihat kurang menyerlah.

Peluang terbaik Ronaldo pada perlawanan itu adalah pada separuh masa pertama ketika melakukan sepakan percuma.

Namun cubaannya itu berjaya dinafikan oleh penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois sekali gus menyaksikan Ronaldo hanya mampu menjaringkan satu gol menerusi sepakan percuma berbanding lebih 50 peluang yang diperolehinya di kejohanan utama.

Wright yang menyedari perkara itu berkata: "Berapa banyak sepakan percuma yang Ronaldo dapat jaringkan gol? Satu dalam 50. Bermakna ia hanyalah mitos."

Patrick Vieira berkongsi pendapat sama apabila menambah: "Anda mengharapkan Courtois menyelamatkan sepakan itu. Jika dia tewas, dia pasti kecewa dengan dirinya. Tetapi dia mempamerkan aksi cemerlang."

Wright kemudian berkata: "Courtois sudah dapat membaca sepakannya. Lagi pun ia hanyalah Ronaldo, dia tidak banyak menjaringkan gol menerusi sepakan percuma."

Sepakan percuma yang diperolehi Ronaldo pada separuh masa kedua lebih teruk apabila ia sekali lagi gagal menepati sasaran ketika Portugal cukup terdesak untuk mendapatkan gol.

Disiarkan pada: Jun 28, 2021 @ 10:44am.1

_______________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723591/sepakan-percuma-ronaldo-diperlekeh

No comments:

Post a Comment