Ad

Tuesday 29 June 2021

Petkovic, Xhaka terkejut dapat tumbangkan Perancis

Petkovic, Xhaka terkejut dapat tumbangkan Perancis

Agensi



PETKOVIC meraikan kejayaan bersama pasukan Switzerland selepas menumbangkan Perancis. FOTO EPA

Bucharest: Pengurus Switzerland, Vladimir Petkovic dan ketua pasukan, Granit Xhaka memuji pencapaian pertama mereka mara ke suku akhir di kejohanan utama buat kali pertama sejak menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 1954.

"Ia bukan sesuatu yang normal untuk bangkit selepas ketinggalan 1-3 dengan juara dunia," kata Petkovic.

Xhaka berkata, mereka sudah mencatatkan episod baru, di mana ia sangat memuaskan selepas dikritik akibat kekalahan 0-3 kepada Itali di Rome ketika perlawanan kedua Kumpulan A.

"Saya sentiasa berkata bahawa pasukan ini berhak meraih lebih daripada anda sangkakan.

"Banyak sungguh yang diperkatakan mengenai pasukan ini. Mereka berkata kami sangat berlagak tapi saya dapat pastikan satu perkara, kami sebenarnya mencipta sejarah.

"Semua rakyat Switzerland boleh berbangga. Kami meraih sesuatu yang sangat mustahil untuk diungkap dengan perkataan.

"Saya mempunyai pandangan positif, kami bermain baik pada separuh masa pertama. Selepas itu kami terlepas sepakan penalti dan melepaskan tiga gol. Ia seperti satu tamparan tapi memang kesilapan kami.

"Bagaimanapun, kami masih mampu mengubah kedudukan ketika berdepan pasukan seperti Perancis yang mempunyai ramai pemain terbaik, ia memang sukar dipercayai," kata Xhaka.

Disiarkan pada: Jun 29, 2021 @ 10:00am.1

________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/724034/petkovic-xhaka-terkejut-dapat-tumbangkan-perancis

No comments:

Post a Comment