Agensi
GELAGAT barisan pemain Jerman ketika sesi latihan. FOTO AFP
London: Jerman tidak melakukan latihan sepakan penalti yang kerap menjelang aksi pusingan kedua Euro 2020 bertemu England di Wembley kerana mahu menamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit permainan.
"Kami mahu memenangi perlawanan dalam 90 minit permainan," kata pemain tengah, Kai Havertz pada sidang media.
"Ia juga mungkin akan ditentukan menerusi sepakan penalti pada peringkat ini, jadi kami tetap bersedia.
"Biasanya selepas sesi latihan, kami melakukan sedikit latihan penalti untuk melihat pemain mana yang bagus mengambil sepakan penalti.
"Tapi ia bukanlah isu besar pada perlawanan itu. Tempoh 120 minit sebelum itu lebih penting. Meletakkan diri anda dalam tekanan menerusi penentuan penalti adalah tidak bagus."
Jerman memenangi setiap perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti di Piala Dunia serta di saingan Euro kecuali ketika tewas pada final Euro 1976 kepada Czechoslovakia.
Mereka juga menewaskan England menerusi penentuan penalti di Wembley pada aksi separuh akhir Euro 1996 sebelum memenangi saingan Euro buat kali ketiga.
Jerman hanya memenangi satu perlawanan dalam saingan peringkat kumpulan namun berjaya mara selaku pasukan kedua terbaik selepas seri 2-2 dengan Hungary pada perlawanan terakhir.
Disiarkan pada: Jun 28, 2021 @ 11:33am.1
______________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723607/jerman-tak-pentingkan-latihan-sepakan-penalti
No comments:
Post a Comment