Ad

Saturday, 26 June 2021

Misi Southgate lunas dendam

AFP



SOUTHGATE membimbing skuad England ketika ini. FOTO AFP

London: Selepas 25 tahun gagal menyempurnakan sepakan penalti yang menghantui perjalanan kariernya, pengurus England, Gareth Southgate mempunyai peluang untuk menebus dan membalas dendam terhadap Jerman.

Pertembungan England-Jerman berlangsung seawal pusingan kedua pada kempen Euro kali ini berbanding di separuh akhir Euro 96 yang menyaksikan Southgate satu-satunya pemain daripada 12 pemain gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Bagaimanapun dengan pasukan yang menang akan diramal mara ke final dan England menikmati kelebihan beraksi di halaman sendiri dekat Wembley, Southgate berdepan tekanan untuk membuktikan kemampuannya.

"Saya harap kami dapat melakukannya untuk beliau sekali gus membolehkannya membalas dendam," kata pemain tengah England, Declan Rice.

Southgate sendiri memastikan barisan pemain England terus memandang ke hadapan dan tidak menoleh ke belakang terutamanya selepas melihat rekod buruk Three Lions ketika bertemu Jerman dalam kejohanan utama.

Sejak memenangi Piala Dunia 1966, England tidak pernah menewaskan Jerman pada pusingan kalah mati apabila tewas pada Piala Dunia 1970, 1990 dan 2010 serta Euro 96.

"Tidak ada gunanya mengimbas kenangan lalu. Anda tidak boleh mengubahnya. Apa yang boleh diubah adalah keputusan perlawanan seterusnya," kata penyerang Manchester United, Marcus Rashford.

Selepas berjaya membimbing England mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia 2018, Southgate berjaya meyakinkan Persatuan Bolasepak (FA) England tetapi masih ramai penyokong tidak meyakini kemampuannya.

Disiarkan pada: Jun 27, 2021 @ 10:34am.1

________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723171/misi-southgate-lunas-dendam

No comments:

Post a Comment