Ad

Sunday, 27 June 2021

JDT waspada kebangkitan Pohang

Oleh Rizar Mohd Noor - Jun 27, 2021 @ 4:56pm

rizar@mediaprima.com.my



Pemain JDT menjalani latihan menjelang aksi menentang Pohang, malam esok.

JOHOR BAHRU: Ujian getir menanti Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila berdepan kelabKorea Selatan, Pohang Steelers pada aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala di Bangkok, malam esok.

Ketika ini, kedua-dua pasukan mengumpul tiga mata dan kelebihan jaringan yang dimiliki JDT meletakkan pasukan itu berada di tangga kedua manakala Pohang Steelers di tangga ketiga.

Pengendali JDT, Benjamin Mora mengakui, barisan pemainnya bakal menempuh aksi yang berliku kerana skuad bimbingan Kim Gi-dong itu semestinya ingin bangkit selepas tumpas 0-3 kepada Nagoya Grampus, Jumaat lalu.

"Untuk aksi menentang Pohang Steelers, kami buat perancangan taktikal yang rapi dan sedar ia perlawanan sukar kerana bukan sahaja JDT mahukan tiga mata tapi pasukan lawan juga berazam bangkit selepas tewas kepada Nagoya (Grampus).

"Kami juga perlu tampil dengan corak permainan agresif bagi mengimbangi kekuatan lawan kerana pengalaman menentang Gyeongnam FC dua musim lalu membuktikan pemain dari Korea Selatan kerap tampil dengan aksi pantas dan kami tidak boleh alpa.

"Malah, kami berharap jentera serangan kami tampil lebih tajam menyudahkan setiap peluang berbanding ketika menentang Ratchaburi," katanya.

Beberapa pemain skuad Harimau Selatan iaitu Mauricio Dos Santos, Corbin Ong, Leandro Velazquez, Bergson Da Silva, Natxo Insa dan Ariff Aiman Hanafi yang kerap diturunkan dalam kesebelasan utama bagaimanapun harus berwaspada selepas mengutip satu kad kuning dan berisiko di gantung untuk aksi pusingan kedua.1

___________________________________________

1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/06/832691/jdt-waspada-kebangkitan-pohang

No comments:

Post a Comment