Ad

Monday, 28 June 2021

Vieira kutuk pemain

Agensi



REAKSI kecewa pemain Perancis selepas tersingkir di pusingan kedua Euro 2020. FOTO AFP

Paris: Patrick Vieira seakan tidak berminat untuk mengulas mengenai kekalahan mengejutkan Perancis di Euro 2020 selepas dia menyelar pemain sikap dan mental pemain sambil mengakui Switzerland berhak menang penentuan penalti.

Juara Piala Dunia 2018 itu ditunjukkan jalan keluar selepas dikalahkan Switzerland yang bangkit dari ketinggalan 1-3 untuk mengheret aksi ke masa tambahan sebelum menang penentuan penalti 5-4.

Penjaga gol, Yann Sommer muncul wira Switzerland selepas menyelamatkan sepakan penalti Kylian Mbappe dan menempah slot ke suku akhir bertemu Sepanyol.

Legenda Perancis, Viera tidak dapat menyembunyikan lagi kekurangan yang ada pada pasukan bimbingan Didier Deschamps dan berterus-terang bahawa pemain negaranya itu tidak mempunyai perwatakan serta keperibadian terbaik.

"Hari ini kita harus memberi pujian kepada pasukan Switzerland, kerana saya percaya hanya pasukan terbaik yang mencatatkan kemenangan.

"Pasukan terbaik layak mara ke pusingan seterusnya dan hari ini yang layak ialah Switzerland.

"Saya ternyata kecewa dengan sikap mereka di atas padang. Saya rasa ia adalah pasukan kebangsaan Perancis yang sangat lemah, tidak ada semangat berpasukan, tidak bersemangat. Kita tidak bermain dalam satu pasukan, jadi tidak berhak ke pusingan seterusnya.

"Saya rasa jika kami bermain baik pun ia adalah disebabkan kualiti individu yang ada pada pemain namun secara sepasukan kami jelas jauh di belakang Switzerland," katanya.

Disiarkan pada: Jun 29, 2021 @ 7:04am.1

_______________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/723996/vieira-kutuk-pemain

No comments:

Post a Comment