Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba menangkap ular tedung selar sepanjang 2.5 meter di bilik air sebuah rumah di Felda Lembaga Batu Lima, Jalan Endau-Mersing, pagi tadi. FOTO ihsan BOMBA
ANGGOTA bomba menangkap ular tedung selar sepanjang 2.5 meter di bilik air sebuah rumah di Felda Lembaga Batu Lima, Jalan Endau-Mersing, pagi tadi. FOTO ihsan BOMBA
Mersing: Reaksi pelik seekor kucing peliharaan, berjaya menyelamatkan lapan sekeluarga daripada ular tedung selar sepanjang 2.5 meter, di Felda Lembaga Batu Lima, Jalan Endau-Mersing di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Alias Hussin berkata, dalam kejadian jam 11.02 pagi itu, pemilik kediaman terbabit bertindak memeriksa kediamannya selepas melihat tingkah laku kucing peliharaan itu tidak seperti kebiasaan.
Menurutnya, tekaan pemilik rumah itu tepat apabila dia berjaya menemukan ular tedung selar sedang melingkar di dalam bilik air kediamannya.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seekor ular tedung selar sepanjang 2.5 meter di dalam bilik air.
"Ketika kejadian, pengadu iaitu pemilik rumah yang menghuni bersama tujuh ahli keluarga menyedari reaksi kucing peliharaannya tidak mengeluarkan suara seperti biasa dan seolah-olah cuba memberitahu sesuatu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, PKO berjaya menangkap ular tersebut dalam tempoh lapan minit dengan menggunakan dua unit penjerut haiwan dan dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan penduduk.
Disiarkan pada: Jun 25, 2021 @ 6:59pm.1
_______________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/722617/kucing-selamatkan-keluarga-daripada-ular-tedung-selar
No comments:
Post a Comment