AFP
Southgate bersama pengendali Jerman, Joachim Leow. FOTO EPA
London: Gareth Southgate mendesak England untuk merebut peluang mereka menjuarai Euro 2020 selepas melakarkan kemenangan bersejarah 2-0 ke atas Jerman dan mara ke suku akhir menentang Ukraine.
Akhirnya seteru lama Jerman dapat ditewaskan dengan skuad bimbingan Southgate mempunyai peluang keemasan untuk membawa England menjulang trofi pertama di peringkat antarabangsa sejak menjuarai Piala Dunia 1966.
Kemenangan England ke atas Jerman pada pusingan 16 terbaik itu menamatkan badi kekalahan di tangan Die Mannschaft selepas beberapa dekad.
Selepas tersingkir dari Piala Dunia pada 1970, 1990 dan 2010 di tangan Jerman yang turut menewaskan mereka di separuh akhir Euro 96, England berjaya mengawal gementar dan ketegangan apabila Raheem Sterling dan Harry Kane meledakkan gol pada separuh masa kedua di Wembley.
Namun ketika penyokong England melaungkan "Football's coming home" bagi meraikan kemenangan yang dinantikan itu, Southgate sedar kejayaan bermakna itu tidak memberi apa-apa makna sekiranya mereka gagal memenangi kempen Euro kali ini.
"Saya tidak perlu mengatakannya tapi apabila kami masuk ke bilik persalinan, kami sudah bercakap mengenai hari Sabtu.
"Pemain mempamerkan persembahan luar biasa tapi ia memberi kesan terhadap fizikal dan emosi. Jadi kami perlu pastikan kami pulih dan kembali di landasan yang tepat.
"Ia situasi yang bahaya buat kami. Kami perlu sedar cabaran selepas ini akan lebih sukar. Saya tahu pemain pun sedar akan perkara ini.
Undian pusingan kalah mati tampak memihak England yang diletakkan pilihan bagi menewaskan Ukraine di Rom untuk aksi suku akhir, awal pagi Ahad ini.
Lagi berita berkaitan Euro 2020
Disiarkan pada: Jun 30, 2021 @ 12:33pm.1
_________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/724536/apa-yang-penting-adalah-muncul-juara-southgate
No comments:
Post a Comment